Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri May 20, 2018 @ 2:47pm

Sissy Iman Terkena Tempias Jampi Hael Husaini

Terkena tempias hebat Jampi dek kemunculannya bermain piano mengiringi persembahan lagu Jampi dendangan Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), baru-baru ini, SIssy Iman mula mendapat perhatian ramai.

Bukan saja lagu Jampi dendangan Hael menjadi juara AJL32, persembahan piano Sissy juga mencuri tumpuan penonton.

Pemilik nama sebenar Imann Mohammad Kamil, 21, mengakui peluang bermain piano pada pentas berprestij AJL32 sungguh bermakna buat karier seninya.

“Ramai pihak menganggap saya tidak aktif dalam bidang nyanyian kerana jarang muncul di kaca televisyen.

“Hakikatnya, saya aktif kerja belakang tabir dan mencipta lagu untuk penyanyi lain serta masih terbabit dalam bidang seni,” katanya.

Mengulas dakwaan segelintir pihak namanya kurang popular walaupun sudah lama terbabit dalam bidang nyanyian, Sissy tidak cepat melatah.

“Saya meminati bidang muzik sejak kecil dan aktif sejak 2013. Saya juga tidak meletakkan populariti sebagai fokus utama kerana yang penting dapat memberikan sumbangan kepada industri muzik tanah air.

“Kerana itu, saya tidak kecewa apabila orang cakap nama lambat naik berbanding penyanyi baru yang mewarnai dunia seni ketika ini. Saya percaya dengan rezeki,” katanya.

Selain menyanyi dan mencipta lagu, Sissy juga guru muzik dan kini mengajar kelas piano di rumah.

“Sebelum ini, saya mengajar kelas piano di pusat muzik swasta dan kini lebih selesa mengajar di rumah.

“Saya mengajar piano untuk kanak-kanak hinggalah mereka yang berusia 40 tahun,” katanya.

Penuhi undangan iftar

Sepanjang Ramadan ini, Sissy tidak berehat sebaliknya masih memenuhi undangan persembahan dan majlis berbuka puasa bersama syarikat rakamannya FMC.

“Selain sibuk dengan lagu raya Girang Syawal Tiba bersama artis FMC, saya juga rancak mempromosikan single Jatuh yang dilancarkan tahun lalu.

“Lebih bermakna, single Jatuh juga dijadikan lagu tema (OST) drama bersiri Papa Nak Menantu siaran TV3, baru-baru ini.

“Saya gembira kerana populariti drama lakonan Aman Graseka, Jaja Iliyes dan Hafidz Roshdi itu juga membantu perkenalkan lagu Jatuh.

“Secara tidak langsung, ramai ingin tahu siapa menyanyikan lagu tema drama itu, sekali gus mempromosikan lagu Jatuh.

“Saya juga tidak kesah jika dikenali sebagai penyanyi lagu tema kerana tetap rezeki,” katanya.

Mengenai sambutan Ramadan kali ini pula, kata Sissy, dia tidak melepaskan peluang berbuka bersama keluarganya di Cheras.

“Bila tidak sibuk dengan majlis berbuka puasa atau aktiviti anjuran syarikat rakaman, saya akan habiskan masa dengan keluarga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sissy berjinak-jinak dengan bidang pengacaraan sejak tahun lalu. Antaranya, dia mengacarakan program Joox Singgah dan Joox Unplugged yang disiarkan menerusi aplikasi Joox.

Kredit: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Featured Sat, 26 Nov 2022

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet. @mika_and_daddy Jangan pandang rendah dekat diri sendiri ya. Kena percaya. […]

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Video Reza Hasbi Bertumbuk Tular, Apa Kes Ni?

Reza Hasbi ‘salah’ meletak kereta di kawasan parkir tidak dibenarkan.

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

SAH…Nabila Fail Perceraian Terhadap Sharnaaz Ahmad

Sebelum ini, Nabila pernah memuat naik status yang menguatkan spekulasi dia dan Sharnaaz berdepan masalah rumah tangga.

Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Emma Maembong Nikah Kerabat Diraja?

Sejak minggu lalu, hangat diperkatan mengenai gosip konnnya Emma Maembong bakal mendirikan rumah tangga tahun ini. Tidak mengiyakan mahupun menidakkan, Emma berkata gosip bakal berkahwin itu adalah satu doa buat dirinya. Sumber mengatakan bakal suami pelakon cantik […]

Featured Mon, 26 May 2025
error: Content is protected !!