Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal November 26, 2022 @ 7:49am

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Mika dipuji oleh wargamaya dengan kata-katanya yang sentiasa memberi kesedaran untuk tidak mudah berputus asa dengan memandang rendah terhadap diri sendiri.

“Aku tak pandai lah, aku tak reti lah, aku tak boleh lah hmm.

“Belum apa-apa dah sabotaj diri, kalau tak pandai kena lah belajar sebab tu dekat dunia ada cikgu, sebab nak ajar kita lah. Apa guna ada cikgu, kalau tak boleh belajar kan? terima kasih cikgu sebab ajar kami.” ucapnya.

Dalam pada itu, telatah comel Mika berjaya memberi semangat kepada netizen yang sudah berputus asa kerana kepetahan Mika dalam berbicara telah menyentuh hati ramai pihak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja mendengar nasihat Mika dan memuji kecomelan serta kecerdikan anak kecil itu.

“Tersasul sebut dunia pun comel tau, cuteness overload.” tulis warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton hampir 407,000 tontonan dan menerima lebih 67,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Wed, 7 Feb 2024

“Dia Sendiri Tawarkan Diri” – Aisha Retno Bakal Gayakan Busana Teh Firdaus Di Pentas AJL38

Fuhhh tak sabar nak tengok hasil tangan Teh Firdaus buat Aisha masa AJL38 nanti!

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Sun, 31 Mar 2019
Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Sat, 24 Jul 2021

Kelonggaran Kepada Penerima Dua Dos Vaksin Diberi Mengikut Lokasi Dan Sektor Tertentu

Umum maklum, kerajaan bakal memberi kelonggaran buat kepada individu yang telah menerima dua dos suntikan vaksin. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 dibuat dengan mengambil kira […]

Featured Thu, 5 Jan 2023

Nas Ahmad Terjah Diuji Masalah Jantung – “Ya Allah! Lainnya Dia Sekarang”

Allahuakbar. Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Eat Travel Fri, 7 Sep 2018
Featured Fri, 28 Oct 2022
error: Content is protected !!