Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 26, 2023 @ 8:04pm

Isteri Lan Solo Dedah Momen Tahun Pertama Berkahwin ‘Downgrade’ Hidup – “Pernah Korek Tabung Beli Pampers & Susu…”

Isteri kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Sheila Hassim mendedahkan momen-momen ketika awal perkahwinan mereka yang digambar sedikit susah sehingga terpaksa memecahkan tabung simpanan.

Berdasarkan sebuah perkongsian di Instagram Story, Sheila menjawab persoalan netizen menerusi pautan Ask Me A Question, serta berkongsi foto-foto ketika bercuti di negara Korea.

Menurut isteri kepada bekas vokalis kumpulan Kristal itu, dia menegaskan mahu membesarkan anak-anak dalam keadaan selesa.

“Masa tahun pertama kahwin, kami pernah korek tabung untuk beli susu dan pampers anak.. Malah siap downgrade daripada Mamypoko kepada yang sangat murah sebab tak mampu.

“Start dari itu, kami berdua sangat nekad nak kerja kuat untuk besarkan anak-anak dalam keadaan selesa tapi bukan cara kaya! Merasa apa yang kami dulu tak pernah rasa…

“Saya selalu follow Instagram orang-orang yang berjaya dan tengok cara dia bisnes dari zero sampai dia dapat bercuti mewah-mewah dan saya akan screenshot masukkan dalam satu album dalam phone buat pandang-pandang sebelum tido setiap hari..

“Saya akan study dari A to Z. Kalau tak mampu, saya search destinasi lain yang mampu.. Alhamdulillah, rezeki anak-anak saya luar biasa..,” tulisnya.

Sekadar info, Sheila dan Lan berkahwin pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata Nur Amna Qaleesya, 12, Nur Amna Qeesyara, 10 dan Muhammad Akid Qassyaff, 8 dan Nur Amna Quxandra, 4 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 23 Apr 2025

Cetus Suasana Interaktif, Kempen Penutup Dapur Panas Digital Perkasa Wanita B40

Salah satu detik menarik sepanjang majlis ialah demonstrasi penyediaan teh tarik oleh Puan Masri Binti Md Husin.

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

Kenapa Izara Aishah Tutup Ruangan Komen,

Izara Aishah Tutup Ruangan Komen, Tidak Mahu Baca Fitnah

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
error: Content is protected !!