Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 31, 2022 @ 2:07pm

“Bella Beritahu Saya Dia Dicili, Dijirus Air Panas & Diikat” – Saksi Pertama #JusticeForBella

Pembantu pengurus syarikat swasta, Zuriaty Sudin yang juga merupakan rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mendedahkan remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella ada meluahkan kepadanya bahawa dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat.

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan kejadian pahit yang menimpa Bella yang dilihat berada dalam keadaan trauma telah memaklumkan perihal kejadian itu ketika dalam ambulans menuju ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Semasa berada dalam ambulans ke HKL, saya bertanya kepada Bella apa yang terjadi. Bella yang memanggil saya ‘Mommy’ mengatakan dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat,” katanya.

Maklumat berkenaan telah dikongsikan di Mahkamah Majistret pada Rabu di Kuala Lumpur semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pada perbicaraan kes Siti Bainun yang telah didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun.

Zuriaty, 39 yang merupakan saksi pendakwaan pertama itu telah mengenali Siti Bainun sejak 2015 memberitahu Bella dilihat tidak mampu berjalan dengan baik dan sukar bergerak kerana kakinya sakit.

“Saya nampak Bella macam tidak larat dan dia kata kakinya sakit, tapi saya tak boleh pegang sebab saya bimbang Bella mungkin dijangkiti Covid-19. Bella juga merujuk beberapa nama individu yang melakukan perbuatan itu terhadapnya,” kata saksi itu yang dilihat sebak semasa memberi keterangan.

Terdahulu, isu penderaan yang dihadapi oleh Bella yang merupakan orang kurang upaya (OKU) tular di media sosial yang rata-rata daripada netizen menyeru keadilan buat insan istimewa ini.

Menurut laporan polis yang dibuat pada 24 Jun 2021 mendedahkan Bella mengalami kecederaan seperti melecur di bahagian tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama terdapat pada tubuh badannya.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Jul 2021

Jom Semak! Pemohon i-Citra Kini Boleh Semak Status Kelulusan Permohonan

Umum maklum, permohonan i-Citra KWSP sudah dibuka bermula 12 Julai lalu. Ramai pemohon yang ternanti nanti keputusan permohonan mereka. Justeru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja mengumumkan melalui laman web rasmi berkaitan status permohonan […]

Trending Wed, 9 Dec 2020
Hiburan Sat, 21 Feb 2026

DJ Sonic, Peminat Luah Rasa Sebak Lihat Nur Fazura Akhirnya Kecapi Bahagia – “Allah Gantikan Dengan Senyuman Paling Manis”

DJ Sonic meluahkan rasa sebak melihat rakan industri, selebriti jelita Nur Fazura semakin bahagia

Featured Tue, 26 Dec 2023

Cantiknya! Syafiqa Melvin Kahwin Kali Kedua, Momen Usap Pipi Anak Bikin Netizen Sebak

Alahai, sebaknya tengok Zayyan tu memang sebijik arwah ayah dia😥

Hiburan Tue, 4 Feb 2025

Bakat Digilap Shiha Zikir, Penyanyi Baharu Akid Muiz Muncul Dengan Single Perit

Akid Muiz muncul dengan single pertama berjudul Perit.

Featured Thu, 22 Dec 2022

Tidak Mahu Layan Permintaan Individu, Nama Ruhainies Di Senarai Hitam?

Hmm sampai macam tu sekali.. siapa agaknya kan?

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

Muncul Dengan Album Terbaharu The Storm, Impian Alyph Mahu Berkolaborasi Bersama Ziana Zain Terlaksana

Lagu Teman dan Gerak kolaborasi bersama Ziana Zain dimuatkan dalam album terbaharu Alyph berjudul The Storm.

Hiburan Sun, 19 Jan 2020
Featured Wed, 28 May 2025

Kongsi Tips Pertahanan Diri, Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga?

Hantaran tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen

Trending Mon, 10 May 2021

Adrian & Amyza Aznan Lagukan Salam Sayang

Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Ini merupakan tahun kedua kita bakal menyambut Syawal dalam norma baharu. Semestinya perasaan rindu pada kampung halaman, keluarga dan sanak saudara semakin menebal. Mana tidaknya, sudah dua tahun kemeriahan […]

error: Content is protected !!