Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 19, 2024 @ 3:55pm

Individu Dedah Sikap Fattah Amin Seorang ‘Introvert’, Baik Hati… – “Dia Suka Layan Anak, Tak Reti Berparti” 

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura sehingga kini masih hangat menjadi buah mulut ramai di media sosial.

Ia ekoran tindakan Fazura yang telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu sehingga mengejutkan orang ramai.

Susulan itu, menerusi platform Threads ada individu tampil mendedahkan mengenai keperibadian aktor filem Pendekar Awang yang dikatakan seorang ‘introvert’.

“Tak kenal pun Fattah Amin secara peribadi, namun kawan-kawannya adalah kawan kita. Mereka cakap dia seorang introvert, suka duduk rumah layan anak, tak reti berparti bagai,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruangan maklum balas ada individu lain turut bersetuju dengan kenyataan mengenai keperibadian Fattah itu.

“Ye betul, kami rakan kelas dia di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan rakan dalam industri. Lepas kelas, dia terus balik. Dia orang yang baik, tapi kita semua tak perlu komen apa-apa mengenai perkahwinan mereka. Biarkan mereka selesai sendiri,” katanya lagi.

Fattah Amin

Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang tidak memilih mana-mana pihak dan tampil mempertahankan Fazura dan Fattah.

Sebelum ini, Fattah dalam satu kenyataan rasmi menegaskan dia tidak mempunyai wanita lain selain Fazura seperti yang tular sebelum ini.

Sekadar info, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan hasil perkongsioan hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, empat tahun.

Artikel Berkaitan: Henti Spekulasi Isu Rumah Tangga Fazura, Fattah – Pengurus

Artikel Berkaitan: Fazura Mohon Dilepaskan Cara Baik, Tarikh Sebutan Kes Masih Belum Ditetapkan

Artikel Berkaitan: Terkejut Isteri Fail Perceraian, Fattah Amin Akui Masih Sayang Nur Fazura – “Tiada Wanita Lain Dalam Hidup Saya Seperti Yang Dihebohkan!”

Artikel Berkaitan: Umie Aida Nasihat Netizen Perlu Sokong Fattah Amin & Nur Fazura – “Tak Perlu Ada Team A Atau Team B, Doakan Yang Terbaik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Meer Nash Nyanyi Semula Lagu Imran Ajmain

Lagu berhantu Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain sudah berusia lebih sedekad. Malah hingga kini lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama Kerana Cintaku Saerah di TV3 itu boleh dianggap malar segar. Pendek kata irama lagu […]

Featured Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Pertama Kali Raya Tanpa Anak Sulung, Nora Danish Akui Bukan Sesuatu Yang Mudah

Walaupun berjauhan, Nora tetap menzahirkan kasih sayang mendalam terhadap anaknya itu.

Hiburan Thu, 15 Jan 2026

Kolaborasi Unik Siti Nordiana Bersama Apit Tearra, ‘Merayu Angan’ Satukan Rap & Jiwang Leleh

Merayu Angan mengadun emosi cinta menerusi gabungan rap dan jiwang leleh.

Trending Tue, 8 Oct 2019

What You Need To Know About Charmaine Chew, The Girl From Kedah Who Will Be Representing Malaysia In Miss International 2019

This 25 years old girl from Kedah is definitely not your typical beauty queen. She’s feisty!

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Featured Fri, 27 Apr 2018

Apa Kata Selebriti? Kenapa Wanita Perlu Mengundi

Ikuti pandangan dan harapan para selebriti tentang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Trending Thu, 24 Oct 2019

Dengan Twitter Dapat Bantu Lelaki Ini Keluar Dari …

Nampak tak bertapa impaknya media sosial

Hiburan Sat, 27 Apr 2024

“Sarah Yasmine Kenalan Saya” – Anna Jobling

Anna jelaskan Sarah Yasmine adalah kenalannya

Featured Tue, 23 May 2023
error: Content is protected !!