Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 14, 2024 @ 6:09pm

Umie Aida Nasihat Netizen Perlu Sokong Fattah Amin & Nur Fazura – “Tak Perlu Ada Team A Atau Team B, Doakan Yang Terbaik”

Pelakon, Datin Seri Umie Aida tampil menitipkan kata-kata sokongan dan doa kepada rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura yang sedang bergolak itu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Umie Aida menasihati warganet untuk menyokong kedua-dua pihak, dan bukan memilih antara mereka berdua.

“Tak perlu nak ada team A atau team B. Cukup mendoakan yang baik-baik dan tak perlu masuk campur dalam ujian yang mereka lalui.. Sayang Fattah dan Fazura,” katanya dalam hantaran video memaparkan Fattah.

Video tersebut menunjukkan Umie Aida mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-6 tahun kepada Fattah dan Fazura.

Umie Aida

Sementara itu, Umie turut memuat naik status sama di platform TikTok miliknya serta turut menyelitkan pesanan kepada pengikutnya untuk menjaga percakapan sendiri sebelum menulis perkara yang tidak baik.

“Ingat kita sediri pun ada lalui ujain dalam setiap kehidupan kita. Jadi berhati-hati dengan lisan kita semua ya.

“Insya-Allah, semoga segalanya berjalan dengan baik buat mereka berdua,” katanya lagi.

@umieaida_9

InsyaAllah doa yang baik semoga segalanya berjln dgn baik buat mereka berdua. Sayanggggg Faz & Fattah ❤️

♬ Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan berita aktres jelita, Nur Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Shah Alam.

Sebelum ini, Fattah menafikan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya seperti yang heboh di media sosial, baru-baru ini.

Malah, aktor filem Pendekar Awang itu mengakui masih menyayangi Fazura sepenuh hatinya.

Terdahulu, timbul desas desus mendakwa Fattah menjalinkan hubungan sulit bersama penata gaya isterinya, dikenali sebagai Syira Atiqah yang kecoh di platform media sosial.

Fattah Amin

Rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi sebutan ramai apabila mereka dikatakan sudah jarang dilihat bersama.

Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Artikel Berkaitan: Terkejut Isteri Fail Perceraian, Fattah Amin Akui Masih Sayang Nur Fazura – “Tiada Wanita Lain Dalam Hidup Saya Seperti Yang Dihebohkan!”

Artikel Berkaitan: Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Artikel Berkaitan: Nur Fazura Kongsi Video Anak Ucap Ulang Tahun, ‘Birthday’ Kek Fattah Amin Curi Perhatian – “Ada Patung Fatima Dengan Daddy Saja… Mummy Mana?”

Artikel Berkaitan: Fazura Fail Cerai, Netizen Serang IG Fattah Amin – “Isteri Cantik, Anak Comel… Apa Lagi Tak Cukup?”

Artikel Berkaitan: Wanna Ali Dikritik Tak Sensitif Kongsi Foto Bersama Fattah Amin, Ada Peminat Back Up – “Dia Hanya Post Pasal Drama”

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Hitam Putih, Fazura Peluk Erat Fatima – “Semoga Awak Membesar Menjadi Seorang Yang Kuat & Tabah”

Artikel Berkaitan: Wanna Ali Dikritik Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin, Ayu Puteh Tampil Backup! – “Anak Saya Bukan Penyondol Atau Nak Publisiti”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Featured Wed, 3 Feb 2021

Bayaran Rayuan GKP Bermula 5 Februari 2021

Semoga nasib para peniaga kecilan terbela

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

阿娇认爱3月宣布闪婚「医界王阳明」!

港星阿娇(钟欣潼)要结婚了!她2017年10月认爱「医界王阳明」赖弘国(Michael Lai),1日临晨就在IG公开婚戒,并留言甜喊:“下一站幸福”,让粉丝又惊又喜

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Shila Amzah

Gambar yang dimuatnaik menerusi laman Twitter anhevents, majlis itu dilaporkan berlangsung pada hari ini. Alhamdulillah, Tahniah Shila dan bakal suami!

error: Content is protected !!