Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 13, 2024 @ 1:56pm

Fazura Fail Cerai, Netizen Serang IG Fattah Amin – “Isteri Cantik, Anak Comel… Apa Lagi Tak Cukup?”

Pergolakan rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya terjawab selepas aktres tersebut memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat.

Susulan itu, berdasarkan pemerhatian XTRA ramai dalam kalangan warganet ‘menyerang’ dan membanjiri ruangan komen Instagram Fattah mempersoalkan perkara sebenar yang terjadi antara mereka.

Rata-rata warganet meluahkan rasa kekecewaan selepas mengetahui mengenai laporan berita Fazura yang mahu bercerai setelah tujuh tahun usia perkahwinan bersama Fattah.

Fattah Amin

Fattah Amin

Fattah Amin

Meskipun teruk dikritik, namun aktor filem popular Pendekar Awang itu masih mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang respons berhubung berita duka tersebut.

Sebelum ini, menurut sumber yang dilaporkan kepada Berita Harian aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu mewakili peguamnya untuk memfailkan perceraian itu.

Namun begitu, punca perceraian tidak didedahkan.

Terdahulu, rumah tangga Fazura dan suaminya, aktor Fattah Amin menjadi sebutan ramai apabila mereka dikatakan sudah jarang dilihat bersama.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Artikel Berkaitan: Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Aug 2019
Hiburan Wed, 20 Mar 2024

“Kami Memaafkan Semua Yang Terlalu Taksub Pada Manusia Yang Belum Pasti Kebenarannya” – Ibu Aliff Aziz

Kesian dekat ibu Aliff Aziz sampai ahli keluarga yang dah tak ada dimaki

Trending Mon, 23 Jul 2018

Hebat! Remaja 19 Tahun Mula Jalan Kaki Ke Makkah

Sebelum ini ramai orang mengejeknya kerana didakwa kurang siuman hanya kerana ingin melakukan misi berjalan kaki, namun tidak menghiraukan kata-kata berkenaan.

Featured Mon, 16 Jan 2023
Trending Fri, 19 Jul 2019

Bapa Sahkan Oksana Sudah Cerai?

Rihana Oksana Gorbatenko tular, isu ini masih tiada jawapan sehingga kini.

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Featured Thu, 7 Jul 2022
error: Content is protected !!