Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 2, 2019 @ 10:00pm

‘Salah Saya Juga Sebab…”- Luka Maya Karin Makin Serius?

Pelakon Maya Karin mengalami kecederaan pada pergelangan tangan gara-gara terkena periuk panas.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu bagaimanapun luka pada tangan kanannya itu semakin teruk pada hari ini.

“Hari ini luka semakin teruk. Luka basah dan bernanah. Adik saya pun marah sebab tak jaga luka dengan baik.

“Malam kedua saya hanya balut dengan tudung ibu. Tapi apabila melihat luka tidak ada tanda untuk sembuh, ibu ke klinik dan belikan ubat,” katanya memberitahu dia masih belum ke klinik lagi untuk rawatan lanjut.

Katanya, dia menggunakan kain kasa dan menyapu ubat yang dibeli oleh ibunya bagi mengelakkan jangkitan selain memastikan kecederaan itu sentiasa kering.

Kata Maya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang mengalihkan periuk yang berisi air panas dari dapur ke sinki.

“Salah saya juga sebab selepas insiden masih degil untuk basuh pinggan sedangkan luka itu perlu sentiasa kering.

“Cuma, selepas saya letakkan ubat yang ibu belikan nampaklah luka itu semakin kering. Saya cuma perlu jaga dengan rapi,” katanya.

Menurutnya, insiden itu berlaku kerana dia menahan periuk berkenaan terlepas daripada tangannya.

“Cara saya pegang periuk itu kurang stabil jadi saya tahan dengan tangan. Walaupun dah rasa panas tetapi sebab mahu elakkan tumpah di kaki dan terkena ibu, maka saya tahan sampai ke sinki,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Jan 2019
Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Featured Tue, 3 Dec 2024

“Jangan Ada Yang Hidung Tinggi, Ramai Penyanyi Baru Sudah Mula Lupa Diri” – Jadi Juri CSOIAM, Ziana Zain Mahu Kongsi Pengalaman

Demikian respons Ziana Zain apabila diberikan tugas menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap OIAM.

Events Thu, 15 May 2025

Akim & The Majistret ‘Rampas’ Kuala Lumpur! Bakal Gegar Konsert Solo 28 Jun Ini

Mengambil inspirasi daripada lagu hit mereka Rampas, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa.

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Banyak Cabaran Sepanjang Berkahwin, Diana Danielle Mengaku Tak Kuat?

Allah SWT akan beri sesuatu yang lebih manis dan indah jika kita terus bersabar.

Hiburan Thu, 26 Jun 2025
error: Content is protected !!