Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 3, 2019 @ 10:48pm

Hazama Terkejut Dapat Watak ‘Aneh’ Dalam Filem Tiada Tajuk

Penyanyi dan pelakon Hazama mengaku pada awalnya berasa pelik dengan watak yang ditawarkan dalam filem Tiada Tajuk.

Akui Hazama, dia hairan apabila watak Abadi memerlukannya berlakon tanpa dialig dan membawakan karakter Mawi. 

“ Pelik juga bila disuruh bercakap dengan ayam, pokok dalam masa watak ini memerlukan saya berborak mengenai Ketuhanan. Pada awalnya memang sukar tetapi Mawi sebagai pengarah, dia banyak membantu.

“ Ditambah pula dengan jalan cerita sangat berat dan watak saya memerlukan saya membotakkan kepala. Bayangkan sudahlah muka saya ni jenis tak boleh pergi,” katanya sambil ketawa.

Dalam masa sama, Hazama juga mengaku terpaksa memperlahankan aktiviti nyanyiannya tahun lalu demi memberi laluan kepada pengambaran filem Tiada Tajuk.

“ Ini antara salah satu sebab kenapa saya tidak hantar lagu untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun lalu. Bukan sebab lagu saya tak boleh pergi.

“ Bayangkan kalau sudah terikat dengan komitmen penggambaran, sudah pasti saya tidak dapat membuat dua tiga kerja dalam masa sama.

“ Tahun lalu juga menyaksikan karier dalam bidang lakonan agak aktif sehingga terpaksa merombak rakaman album terbaharu,” kata Hazama album ini bakal memuatkan sembilan buah lagu. 

Dalam perkembangan lain, Hazama bakal tampil dengan single terbaru yang menjadi sebuat lagu tema untuk drama di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Nov 2024

Saling Berbalas Komen Mesra, Teman Wanita Anak Ozlynn Rindu Balik Malaysia – “Nak Pergi Dekat Awak”

Giya meluahkan rasa rindu terhadap negara Malaysia termasuklah teman lelakinya.

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Ziana Zain ‘Putus Terpaksa’ Tidak Lagi Duduk Sebumbung!

Daripada sumber yang dipercayai, Armin tidak bersetuju untuk melafazkan perceraian tetapi mohon kes tersebut dibawa kepada jawatankuasa pendamai.

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Tue, 6 Feb 2024
error: Content is protected !!