Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 6, 2024 @ 5:11pm

“Kita Tak Sentiasa Berada Di Atas, Pendidikan Itu Penting Walau Apa Saja Karier” – Siti Nordiana

Baru-baru ini heboh di media sosial berhubung kenyataan pempengaruh yang menganggap pendidikan dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak penting.

Susulan itu, penyanyi, Siti Nordiana tidak bersetuju dengan pendapat individu tersebut kerana baginya pendidikan amat penting bagi menjamin masa depan setiap manusia.

“Bagi saya pendidikan penting walau apa sahaja karier kita, sebagai penyanyi sekali pun memang perlu ada ilmu.

“Macam mana seseorang itu nak guide jalannya sendiri kalau dia pun tak ada ilmu dalam karier dia?,” ujarnya.

Malah, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana ini turut menghadiri kelas vokal bagi menguasai ilmu bidang nyanyian sebagai anak seni.

“Saya sendiri sebagai penyanyi perlu ada ilmu tentang vokal, persembahan dan sebagainya untuk kekal dalam industri. Begitu juga dengan pembelajaran dan akademik.

“Kita tak semestinya akan sentiasa berada di atas, apabila karier sudah tak okay sekurang-kurangnya kita ada akademik yang akan membantu,” katanya lagi.

Nana berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun yang berlangsung di restauran Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Sementara itu, pelantun lagu popular Memori Berkasih ini berkata dia amat menekankan tentang pendidikan kepada anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie.

“Saya kata dekat Rayyan, apa-apa pun akademik sangat penting dan boleh ke mana-mana nanti.

“Macam Rayyan sendiri dia memang sekolah kerajaan jadi kalau dia ada matapelajaran yang tak okay, saya akan ambil home tuition. Maknanya kelas tambahan untuk dia.

“Ryan suka juga menyanyi tetapi dia tak suka glamor, tapi apa sahaja yang dia minat saya sokong sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Nana menjawab dakwaan segelintir bihak yang mengkritiknya menggunakan kensep perkahwinan dalam mempromosi konsert Memori Berkasih Siti Nordiana yang bakal berlansung pada 11 Mei ini.

Artikel Berkaitan: Guna Konsep Perkahwinan Dianggap Gimik Murahan, Siti Nordiana Tak Hirau Kecaman Netizen – “Peminat Saya Akan Faham”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

卢广仲大马站演唱会1111光棍节开票!定档12月来马宣传

卢广仲将于2020年1月4日巡回到吉隆坡,而期待已久的开票日,终于定案「光棍节」11月11日,早上11时网络上公开发售!已经定档12月来马宣传的卢广仲也喊说要趁机去古城马六甲玩。

Hiburan Mon, 3 Dec 2018
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Isu Penyampai Trofi FFM30, Produksi Astro Belum Ada Kata Putus

Kita nantikan ulasan lanjut daripada pihak produksi mengenai hal ini!

Hiburan Tue, 31 Dec 2024

Disyaki Miliki Ganja Ketika Tunai Umrah, Pelawak Kena Tahan Di Jeddah

Seorang pelawak terkenal dilaporkan telah ditahan di Jeddah selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.

Featured Sun, 7 Aug 2022
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Naik Angin Di Twitter, Pelakon Filem Pulang Minta Maaf

Individu berkenaan tiba-tiba menyentuh mengenai otot (biceps) dan jambang yang jelas tidak ada kaitan dengan lakonan saya dalam filem Pulang. Hurm… siapa yang tak naik angin kan?

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Trending Wed, 24 Jun 2020
Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
error: Content is protected !!