Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari June 30, 2023 @ 4:33pm

Kembali ‘Menggalau’, Kucaimars Muncul Dengan ‘Salah Hati’

Penyanyi muda berbakat, Kucaimars membuat kemunculan dengan single baharu bertajuk ‘SALAH HATI’ selepas beralih arah di bawah naungan syarikat rakaman, Armani Entertainment Group (AEG).

‘SALAH HATI’ merupakan hasil ciptaan komposer terkenal dari Indonesia David dan Dewangga, dan diterbitkan oleh AEG.

Kucaimars atau pemilik nama sebenar Amirul Husyairi Nani, 25 ini merupakan finalis Big Stage 2019 dan berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir ini menzahirkan rasa syukur berada di bawah naungan AEG dan diberi peluang menghasilkan single baharu.

“Syukur Alhamdulillah kini saya telah pun menjadi sebahagian dari keluarga besar AEG yang nampak dengan bakat yang saya miliki dan diberi peluang untuk menghasilkan single terbaharu ini.

“Saya gembira dengan this new adventure bersama AEG dan tidak sabar untuk menghasilkan lebih banyak lagi karya-karya bermutu pada masa akan datang,” ujarnya.

Sebagai permulaan, ‘SALAH HATI’ merupakan ciptaan sepenuhnya AEG yang memahami citarasanya yang gemar akan lagu-lagu galau dari Indonesia.

‘SALAH HATI’ mengisahkan tentang kisah cinta sepasang kekaih yang mencintai orang lain walaupun teman lelakinya memberikan segalanya.

Lagu bergenre pop yang berdurasi 3:41 minit ini ternyata mengusik jiwa-jiwa yang terluka kerana silap mencintai orang yang telah berubah hati.

Katanya lagi, karya ini mengambil masa selama 2 bulan untuk dihasilkan kerana mahukan yang terbaik dan berkualiti untuk sedap didengar oleh semua.

“Sebagai permulaan, SALAH HATI adalah buah tangan pertama saya bersama AEG yang merupakan
idea mereka sepenuhnya. Pihak pengurusan faham akan citarasa saya yang gemarkan lagu-lagu
‘galau’ dari Indonesia.

“SALAH HATI menceritakan tentang kisah cinta di antara sepasang kekasih yang mencintai orang lain,
walaupun teman lelakinya memberikan segalanya, teman wanitanya tegar mengasihi jejaka lain,
ternyata SALAH HATI dan akhirnya kecewa.

“Saya mengambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkan single ini kerana
mahukan sebuah karya yang betul-betul bermutu dan sedap didengar oleh semua.

“Penggambaran video muziknya (MV) tidak mengambil masa yang lama dan dijalankan di pesisir
pantai menggambarkan perasaan yang ‘galau’, konsepnya simple dan mudah difahami oleh
penonton.

“Saya berharap agar pendengar Malaysia atau luar boleh menerima genre ‘galau’ versi moden yang
saya bawakan dan jangan lupa teruskan menyokong kerjaya saya sampai bila-bila,” katanya.

Lagu SALAH HATI boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan
menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada
bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, YouTube
Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran istimewa YouTube
Armani Entertainment.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Kenapa Nadia Brian Panik Di Set Blok 404?

Saya tiba-tiba jadi panik untuk babak pisau yang digantung keliling tab itu,rasa takut pula kalau pisau itu jatuh atas saya. Uish…seram tu!

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Tue, 16 Aug 2022
Featured Tue, 2 Dec 2025

Mimi Fly Respons Isu Penarikan MV Dolla – “Apa Yang Berlaku Mematangkan Diri”

Kata Mimi, insiden itu sebenarnya membuka ruang untuk semua pihak menjadi lebih matang dan sensitif dalam berkarya.

Featured Thu, 12 May 2022
Hiburan Mon, 8 Dec 2025
Trending Sun, 27 Dec 2020

Vokal Mania: Nak Tahu Ranking Rookie & Idol? Jom Semak Kedudukan Mereka Di Konsert Akhir

Ha, jom semak kedudukan mereka. Siapa nombor dua, tiga, empat…

Featured Wed, 12 Jan 2022

Air Mata Nia Ramadhani Berlinangan Apabila Dijatuhi Hukuman Penjara

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani atau nama sebenarnya Ramadhania Ardiansyah Bakrie bersama suami, Ardie Bakrie dan pemandu mereka Zen Vivanto  dijatuhi hukuman penjara selama setahun atas penyalahgunaan dadah. Menurut laporan media tempatan, pelakon drama Bawang […]

error: Content is protected !!