Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 7, 2022 @ 10:07am

Wanita Buat Laporan Dakwa Dirogol, Lelaki Usia 21 Tahun Maklum ‘Suka Sama Suka’!

Seorang wanita ditahan oleh pihak polis gara-gara membuat laporan palsu yang mendakwa dirinya telah dirogol oleh seorang lelaki berusia 21 tahun petang semalam di Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, wanita yang berumur 23 tahun itu ditahan oleh pihak polis kerana disyaki memberi maklumat palsu ketika membuat laporan polis.

“Selepas membuat laporan polis malam tadi (semalam), siasatan lanjut dibuat polis hari ini dengan membawa dia ke hospital bagi menjalankan pemeriksaan, selain ke lokasi kejadian yang didakwa serta menyiasat lelaki didakwa merogolnya.

Walaubagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, lelaki yang didakwa merogol itu menafikan tuduhan malah memaklumkan bahawa mereka melakukan hubungan seksual atas dasar suka sama suka.

“Lelaki berusia 21 tahun itu tidak mengaku dia ada merogol wanita itu, sebaliknya memaklumkan mereka melakukan hubungan intim secara suka sama suka,” kata Raub Selamat.

Susulan itu, wanita tersebut akhirnya mengaku telah membuat laporan yang palsu atas alasan lelaki itu meminta untuk melakukan hubungan intim lagi dengannya dan dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas sebab dirogol.

“Selepas didesak, akhirnya wanita itu mengaku laporan polis dibuat adalah palsu dan alasannya, lelaki itu mahu melakukan hubungan intim lagi, tetapi dia tidak mahu, jadi dia ambil keputusan membuat laporan polis mendakwa dirogol,” ujar beliau ketika dihubungi Harian Metro.

Untuk siasatan awal, pihak beliau telah menilai dan mengesan tiada unsur kejadian rogol kerana tiada insiden paksaan atau tanpa kerelaan.

Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat dan memberi laporan palsu kepada pihak polis.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 29 Dec 2017

Isteri lari rumah akibat suami bernafsu ‘pelik’

Si suami dahlah bernafsu ‘pelik’ mana tak si isteri lari rumah

Hiburan Wed, 5 Mar 2025
Hiburan Thu, 18 May 2023
Featured Tue, 9 Aug 2022
Featured Sun, 24 Oct 2021

Soal Kahwin Bukan Keutamaan Bagi Shuib Sepahtu

Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, sejak dua bulan lalu pastinya masih terlalu awal bagi pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu untuk memikirkan soal pengganti isteri pada waktu ini. Menurut Shuib, sukar baginya untuk memikirkan mengenai […]

Trending Tue, 12 Aug 2025
Featured Mon, 22 Jan 2018

Kawal Marah

Ramai yang tidak sedar atau tahu diri sendiri mempunyai faktor penyebab marah. Daripada kesedaran berkenaan barulah kemarahan boleh dikawal dari semasa ke semasa.

Featured Thu, 11 May 2023

Tiga Kali Nyaris Dibunuh, Mark Adam Pilih Berdamai & Terpaksa Menanggung Ribuan Ringgit

Allahu tergamaknya tipu duit orang.. Semoga Mark tabah lalui ujian ni

error: Content is protected !!