Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 9, 2022 @ 7:43pm

[VIDEO] “Ni Level Srikandi! Berseni & Beradab” – Pesilat Kristian Dedah Punca Pakai Tudung, Warganet Luah Rasa Kagum!

Baru-baru ini, pesilat negara, Merrywati Manuil mengharumkan nama tanah air setelah berjaya menjadi antara penyumbang dalam meregut tujuh emas skuad silat sekaligus menyandang gelaran Juara Dunia!

Namun begitu, apa yang menarik perhatian warganet ialah penampilannya yang bertudung meskipun beragama Kristian ketika Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 mencetuskan tanda tanya warganet.

Memetik laporan Harian Metro, Merrywati menjelaskan dia amat menghormati budaya Melayu dan adat seni warisan bersilat

“Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat.

“Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.

“Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya.

Mengulas lebih lanjut, pesilat berasal dari Sabah itu berkata penampilannya yang bertudung adalah atas niat murninya sendiri, tiada paksaan daripada mana-mana pihak.

“Semestinya tiada paksaan dari mana-mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari.

“Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab. Aihh jangan serius bah kita kita juga baini. Kalau orang Melayu ada Mat Kilau, saya orang Murut ada Aki Antanom,” katanya merujuk kepada wira tempatan itu yang memimpin orang Murut untuk menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) satu ketika dahulu.

Menerjah ruangan komen hantaran di Facebook Harian Metro, ramai dalam kalangan warganet meluahkan rasa kagum terhadap jaguh silat negara ini.

Segelintir daripada mereka menghormati dan bangga atas pemilihan Merrywati kerana sangat menjaga nilai tradisional kaum Melayu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Oct 2019

Volunteers Wanted; Airbnb is Taking Initiative to Combat World’s Climate Change

Airbnb is looking for five volunteers to join scientific research mission to Antarctica.

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

‘Ramailah Muka Macam Muka Sufian Suhaimi’- Netizen Terkejut Gambar Intim Tersebar

Gambar yang diperoleh di akaun Twitter PenumpahTeh jelas memperlihatkan jejaka yang mirip pelantun Di Matamu ini sedang nyenyak tidur di sisi seorang wanita yang ditutup wajahnya.

Trending Tue, 17 Nov 2020
Events Wed, 1 Jan 2020
Featured Wed, 1 Oct 2025

“Saya Masih Istiqamah Jaga Solat Hingga Hari Ini”- Angeline Tan Mahu Dalami Ilmu Agama

Antara perkara yang paling penting yang menjadi keutamaannya adala  sentiasa menjaga ibadah solat fardu lima waktu.

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber!

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber! Memang terbaik dan WIN lah azam yang ini

Featured Tue, 19 Aug 2025

Wajah Bengkak Dikritik, Sajat Tampil Respons – “Saya Buat Bukan Untuk Menunjuk Tapi..”

Pempengaruh media sosial Nur Sajat dikritik selepas berkongsi keadaan terkini wajahnya menerusi hantaran di media sosial.

error: Content is protected !!