Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 19, 2025 @ 11:39am

Wajah Bengkak Dikritik, Sajat Tampil Respons – “Saya Buat Bukan Untuk Menunjuk Tapi..”

Pempengaruh media sosial Nur Sajat dikritik selepas berkongsi keadaan terkini wajahnya menerusi hantaran di media sosial.

Meskipun menerima pelbagai respons  termasuklah dikritik kerana melakukan pembedahan terhadap wajahnya itu sekali lagi, Sajat bagaimanapun kekal tenang dan menjawab segala kecaman yang diberikan.

Menerusi hantaran balas, Sajat berkata, dia bukanlah mahu mengubah ciptaan Tuhan sebaliknya memiliki kecantikan membuatkan dirinya berasa gembiran dan  yakin.

“Tetapi persoalannya, bagaimana anda hidup sebelum itu? Adakah anda hidup dalam ketakutan terhadap penilaian orang, atau adakah anda hidup dalam keyakinan dengan pilihan anda sendiri?

“Bagi saya, kecantikan bukan tentang bersaing dengan orang lain, ia tentang mencintai diri sendiri dan berasa yakin setiap hari. Bedah atau tidak,  ini hak saya sebagai manusia untuk memilih apa yang menggembirakan saya.

“Saya tahu siapa saya, saya tahu apa yang saya mahu, dan saya tahu had saya. Saya tidak melakukannya untuk pertunjukan. Saya melakukannya kerana ia membuatkan saya berasa hidup. Dan bagi saya, itu sudah memadai,” katanya.

Terdahulu, Sajat mencuri perhatian selepas memuat naik fotonya dengan wajah bengkak dan hidung berbalut dipercayai baru sahaja menjalani pembedahan.

Katanya, ia menjadi tanda penghargaan buat diri sendiri selain melambangkan kebahagiaan atas pilihannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Events Sat, 12 Oct 2024

10 Tahun Dalam Industri, Aina Abdul ‘Gerun’ Genggam Trofi Bintang Paling Popular ABPBH36

Sebaknya! Betul tu Aina… siapa Aina hari ini adalah asbab doa ibu dan mereka yang sayangkan Aina❤️

Trending Fri, 3 Jan 2020
Featured Mon, 28 Aug 2023
Trending Sat, 13 Mar 2021

“Dulu Saya Buat 3 Atau 4 Kerja Sekali Gus, Kini…” – Haiza

Penyanyi dan penyampai radio Kool FM, Haiza mengakui dirinya mengalami perubahan besar dalam kerjaya sejak COVID-19 melanda dunia. Jika dahulu dia sering melakukan banyak pekerjaan dalam satu masa yang sama, kini fokusnya lebih tertumpu kepada […]

Featured Sat, 31 Jan 2026

Aisyah Aziz Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Khabar gembira itu dimaklumkan oleh ibunya, Hafiza Basharahil

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

权玄彬爆退出「JBJ宣布解散」4月终止活动

韩国男子团体JBJ由选秀节目《PRODUCE 101》第二季成员组合而成;外界原本传他们打算续约延长活动时间,怎料,14日下午权玄彬宣布离开,团体JBJ也确定「活动只到4月终止」,限定团体即将解散。

error: Content is protected !!