Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin October 12, 2024 @ 9:49am

10 Tahun Dalam Industri, Aina Abdul ‘Gerun’ Genggam Trofi Bintang Paling Popular ABPBH36

Penyanyi versatile yang juga pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 36 (ABPBH 36), Aina Abdul bersyukur di atas kemenangan yang diraihnya pada malam berprestij itu.

Walaupun tidak menjangkakan bakal membawa pulang gelaran utama pada malam tersebut, Aina bagaimanapun mengaku perjalanannya dalam industri seni selama 10 tahun bukanlah mudah.

“Alhamdulillah, saya tidak menjangka langsung kemenangan ini. Perjalanan ini tak mudah dan ini semua 100 peratus undian peminat. Terima kasih kepada pihak juri,  ABPBH, TV3, kerana memberi peluang untuk saya.

“Saya rasa satu sebab kenapa saya rasa tak settle down adalah kerana saya tak nampak lagi wajah-wajah Ainations yang mengundi. I know most of the voters and saya ada masuk google meet juga untuk melihat undian mereka. Dan saya tahu jasa mereka kerana ada yang mengundi masa makan dan sebagainya.

Kemenangan ini cukup menakutkan

Dalam pada itu, penyanyi yang sentiasa membumi ini menyifatkan, kemenangan yang diraihnya pada ABPBH 36 sebagai satu bentuk ‘reminder’ untuknya sekaligus menganggap berada dalam industri seni dalam tempoh yang agak lama dan memenangi anugerah utama ternyata menuntut pengorbanan yang besar.

“Sebab tu saya tak menjangka langsung… because nak dapatkan anugerah ni kena banyak pengorbanan dan masa serta tenaga dan 10 tahun dalam industri ternyata ia tak sia-sia.

“But, i just wanna highlight kemenangan ini kepada ibu saya, abang saya dan Ainations yang mengundi berjuta-juta. I hope karya saya selepas ini dapat pay something dan tak ada wang ringgit yang dapat membalas jasa mereka. I really hopes karya-karya yang saya keluarkan dapat membuatkan mereka happy.

“Bagi saya kemenangan Bintang Paling Popular dan Penyanyi Wanita Popular ni is actually a reminder. Untuk saya kerja keras. Because it means i have to put a lot of things in this industry. As long as saya jujur dengan karya saya lambat atau cepat lagu itu akan melekat. Kemenangan ni sebenarnya quite scary.

“Menakutkan because kejayaan itu boleh menjadi satu dugaan, biggest reminder kerana saya sorang yang perfectionist dalam kerjaya saya. Dan bila saya tengok award ni saya rasa gerun, seram. But of course saya bersyukur sangat-sangat  kerana diberikan anugerah ini.

“But ada hari-hari yang kita rasa kita nak give up. But this is the symbol of strenght.

“Saya bekerja sebagai seorang penyanyi dan saya aim untuk Penyanyi Wanita Popular sebab kita seorang penyanyi tapi kemenangan dan gelaran seorang bintang itu saya berserah. Saya cakap dengan fans, apa sahaja yang berlaku hari ini… i dont wanna to change begitu juga sebaliknya,” ulasnya.

Doa Ibu tiada hijab

Mengulas lanjut, Aina, 30, mengakui bahawa doa ibunya, Zaini Abdullah merupakan kunci utama kepada kejayaannya hari ini.

Ini kerana, sejak tahun 2019 lagi, ibunya bukan sahaja menjadi tulang belakang tetapi penyokong kuat kepada karier seninya.

“Mak saya ni she’s very cute, and a mysterious person. Diawal karier saya, mungkin ini bukanlah karier yang diidamkan oleh ibu saya but, ever since abah saya meninggal dunia, ibu saya yang menggalas tanggungjawab itu 100 percent even lebih dari saya. Dia yang inginkan kejayaan ini. Dan saya rasa sejak 2019 doa ibu memang tiada hijab. Benda itu terbukti malam ni and i cant wait to meet her,” kongsinya.

Simbolik penampilan minimalis

Tambahnya, penampilan minimalis dengan baju kebarung berona glover (emas dan perak)  rekaan Amazae Official yang digayakan di ABPBH 36 adalah pilihannya sendiri.

Kata Aina, selain engagn terpalit dengan kontroversi seperti tahun sebelumnya, penampilannya kali ini mempunyai ‘signature’ yang ingin ditampilkan termasuklah dia mahu kelihatan sopan dan manis.

“Saya memilih untuk tampil sopan kerana ia adalah pilihan saya. Saya cakap dengan team saya, saya nak manis-manis. Dan nak enjoy the show dan kalau menang something senang saya nak bergerak. Jadi team saya sambut baik idea itu dan sebenarnya ada signature yang cuba saya tonjolkan. Termasuklah bas dan Ainations semua memakai baju Imajii dek kerana ia adalah tour saya yang pertama. Itu melambangkan saya tak sabar nak bergerak untuk  tour Imaji nanti.

“Selain itu, saya nak hadir sebagai Nurul Aina to my fans. I will always be Nurul Aina. Pelik macam mana sekalipun, I will bring that character. Nak tampil minimalis tapi dengan cara tersendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Aina berjaya membaw apulang dua trofi iaitu Anugerah Bintang Popular berita Harian  (ABPBH 36)  dan Penyanyi Wanita Popular ABPBH 36 (ABPBH 36) menewaskan rakannya iaitu, Ernie Zakri, Adira Suhaimi, Siti Nordiana dan Stacy.

Pada malam berprestij itu, Aina berjaya membawa pulang dua trofi, kepingan bar emas  seberat 18 gram dan juga sebuah kenderaan utiliti sukan  (SUV) mewah jenama Toyota Harrier  yang ditaja oleh Conboo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 3 Aug 2018
Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Alahai…Lepas Warna Kulit, Lutut Haneesya Hanee Pula Dikecam!

Edit kena kecam, tak edit pun kena kecam…

Featured Fri, 20 Jun 2025

Marygrace Selit Aura Mahalini Dalam Lagu ‘Lama-Lama Pudar’, Ciptaan Penuh Magis Ade Govinda

Marygrace mengaku teruja apabila dapat berkolaborasi bersama pemuzik dan komposer Indonesia, Ade Govinda.

Selebriti Sat, 17 Feb 2018

JODOH TAK PANJANG, SUFIAN-ELFIRA PUTUS TUNANG

Terjawab sudah persoalan ‘panas’ sepanjang minggu lalu mengenai spekulasi status hubungan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang dikatakan berantakan.

Hiburan Sun, 1 Apr 2018

Tahniah Yatt Hamzah Atas Kelahiran Puteri ke -3

Tahniah Yatt Hamzah di atas kelahiran anak ke-3 iaitu seorang puteri pada 1 April 2018. Yatt bersalin secara normal di Hospital Naluri pada jam 12.10 tengahari

Featured Fri, 28 May 2021

Penderitaan Gadis Jadi Pemuas Nafsu Bapa Sejak Berusia 6 Tahun

Seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner […]

Trending Wed, 27 Dec 2023
Featured Fri, 4 Nov 2022

Tak Sampai 24 Jam Tular, Ebit Lew Hadiahkan Kereta Pada Ibu Tunggal & Anak OKU -“Ya Allah.. Anak Rezeki Kita..”

Alhamdulillah, terima kasih Ustaz Ebit Lew. Semoga Allah permudah segala urusan Puan Azimah dan anaknya ❤️

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

‘Terima Kasih Doakan Kebahagiaan Kami’ – Mona Allen

Selamat Pengantin Baru buat pasangan selebriti, Mona Allen & Pekin Ibrahim…

error: Content is protected !!