Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 9, 2023 @ 6:00pm

Lagu ‘Malampagi’ Versi Arab Nyanyian Naufal Azrin Bikin Netizen Tak Jadi Healing – “Kalau Macam Ni Terus Cari Sejadah”

Penyanyi Naufal Azrin menarik perhatian warganet selepas video nyanyiannya mula dikongsikan peminat di platform TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Naufal tampil menyanyikan lagu popular di platform berkenaan berjudul ‘Malampagi’ nyanyian asal Saixse.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah lagu ‘healing’ tersebut telah digubah melodinya menjadi berentak Arab.

“Malam pagi version Naufal ok ke?,” tulis pada kapsyen berkenaan.

Mendengar gubahan muzik tersebut, rata-rata peminat memuji kreativiti anak muda ini, malah ada yang meminta agar lagu tersebut dimuat naik dalam versi penuh (full version).

“Sedapnya suara, admin kalau ada full version post la. Best lah pula dengar,” komen netizen.

Namun, terdapat segelintir netizen yang berseloroh bahawa lagu ‘Malampagi’  nyanyian Naufal membuatkan mereka tidak jadi untuk ‘healing’.

“Lain macam aku dengar.

“Takut dah aku nak healing pakai lagu ni.

“Macam tengah buat berubat pun ada dengar versi ni.

“Alaaa,  tak jadi nak healing sampai pagi tak balik, ni sebelum magrib saya dah balik.

“Terus rasa tak berani nak keluar healing.

“Tak jadi healing, terus cari sejadah nak solat tahajjud,” komen netizen.

@beegoodmusic Malam pagi version Naufal ok ke? @saixse #malampagi ♬ original sound – Beegood Music

 

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 40 saat itu telah ditonton lebih 100,000 tontonan dan menerima lebih 5,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Nov 2018

Ingatkan Sakit Perut Biasa… Rupa-Rupanya Usus Dah Pecah!

Semoga adik Naufal terus kuat dan boleh beraktiviti seperti biasa…

Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Drama Mon, 17 Mar 2025
Featured Thu, 9 Dec 2021
Featured Wed, 6 Sep 2023

Legenda M Nasir Bakal Bawa ‘Gendang Pati’ Di Plenary Hall KLCC 18 November Ini

Fuhhhh, legenda Datuk M Nasir nak buat konsert guys November ni, bestnyaa! Jangan lupa beli tiket nanti

Featured Fri, 2 Aug 2024

Azfar Heri Nafi ‘Mencapap’ Rakan Artis – “Saya Ada Nama Sendiri”

Rezeki Azfar dikelilingi orang-orang yang sekepala. Bukan sebab menumpang populariti okay!😎💅

error: Content is protected !!