Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 11, 2023 @ 11:57am

Luqman Hafidz Kongsi Perjalanan Di Bumi Tareem, Abadikan Segala Kenangan Dalam Sebuah Filem Pendek

Pelakon Luqman Hafidz tampil berkongsi pengalaman dan perjalanannya bersama rakan sekerja menziarahi bumi Tareem, Yaman.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Luqman menerusi sebuah perkongsian di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Luqman turut kongsikan beberapa kepingan foto dirinya sempat beramah mesra dengan penduduk di sana.

Menurut Luqman, kunjungannya ke bumi Tareem itu untuk urusan kerja dan bersyukur perancangannya dipermudahkan.

“Sekadar perkongsian kepada mereka yang ingin melihat perjalanan kami di bumi Tareem.

“Kami dari Malaysia ke Tareem dengan niat untuk bekerja. Mencari rezeki yang halal di bumi yang penuh barokah. Tanpa kami sangka, rahmat yang kami terima di sini sungguh luar biasa.

“Kerja kami di sini dipermudahkan perjalanannya. Kami selesaikan amanah lebih awal dari dirancang. Kami berkesempatan solat di masjid dan hadir di majlis ilmu di sini.

“Merasa kebab dan makanan yang ada di sini walaupun di tepi jalan, nikmat ketenangannya menyelam di jiwa,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon itu juga meluahkan rasa gembira kerana berpeluang untuk berkenalan dan dilayan dengan baik oleh penduduk di sana.

“Bertemu berkenalan dengan penduduk yang selalu rahmah bila disapa. Walau serba sederhana, kebahagiaan terukir di sekitarnya.

“Berpeluang melawat makam orang-orang yang beriman dengan kisah penuh panduan bersama pemandangan yang selalunya mendamaikan,” jelasnya.

Selain itu, Luqman juga menyatakan dia bersama rakannya mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah filem pendek di hari terakhir mereka di sana sebagai kenangan.

“Kami decide untuk memberi sesuatu kembali kepada bumi Tareem di hari terakhir kami di sini. Kami abadikan dalam satu filem pendek yang bakal saya kongsikan.

“Filem pendek ini khas untuk semua yang pernah ziarah dan kepada semua yang sudah memasang niat untuk hadir ke sini. Doakan proses filem pendek ini dipermudahkan.

“Kami doakan sesiapa sahaja yang memasang niat ke bumi Tareem, dimakbulkan impian mereka dan diangkat nama mereka untuk ke sini. Amin. Terima kasih bumi Tareem untuk ketengangan ini. Terima kasih, Ya Allah,” katanya.

Untuk makluman, bumi Tareem merupakan di antara tempat bersejarah dan terkenal sebagai ‘Kota Seribu Wali’ kerana menjadi tempat berkumpulnya wali Allah.

Bukan itu sahaja, masyarakat di kota itu juga dirahmati dengan kebaikan dan perilaku mulia kerana memiliki darah keturunan Nabi Muhammad SAW.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jun 2025

Hubungan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Belum Dapat ‘Restu’ Daripada Bapa

Ameera mengakui masih belum mendapat restu daripada bapanya.

Featured Tue, 23 Aug 2022

Balik Kampung ‘Boyfriend’ Di Amerika Syarikat, Mimi Fly Dapat Jolokan Rihanna Malaysia

Betul sebijik Rihanna baju color orange tu kan? 🔥🔥🔥

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Mia Ahmad beranikan diri umum hamil!

Mia turut memaklumkan pada mulanya agak takut membuat pengumuman gara-gara pernah keguguran sebelum ini.

Trending Mon, 23 Dec 2019
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Debaran Noryn Aziz Menjelang Konsert ‘Soul Sisters’

Konsert ‘Soul Sisters’ dianjurkan oleh syarikat produksi persembahan Edd Razhe Entertainment (ERE) bakal diadakan di Istana Budaya pada 5 dan 6 April ini.

Tiket boleh dibeli di www.airasiaredtix.com pada harga RM 755 (Meet & Greet), RM 555 (Diamond), RM 355 (Platinum), RM 255 (Gold) dan RM 155 (Silver).

Featured Tue, 28 Oct 2025

Ayda Jebat Mengaku Tak Pandai Masak, Netizen Komen Minta Teruskan Usaha 

Ayda Jebat mencuri perhatian warganet apabila secara jujur mengaku dia tidak pandai memasak, namun kini sedang berusaha belajar demi keluarga kecilnya.

Featured Thu, 8 Sep 2022
error: Content is protected !!