Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 4, 2026 @ 11:56am

Fify Azmi ‘Spill The Tea’, Dedah Mesej Perbualan Didakwa Kekasih Dengan ‘Penyondol’ – “Saya Tak Pernah Fikir Kongsi Perkara Macam Ni”

Tindakan pelakon Fify Azmi berkongsi mesej perbualan didakwa kekasihnya bersama wanita lain mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Threads, Fify atau nama lengkapnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan tersebut bersama seorang wanita yang juga didakwa pernah terpalit dengan isu kontroversi membabitkan selebriti tanah air berdasarkan gambar profil miliknya.

Akuinya, dia tidak pernah terlintas akan berkongsi mengenai perihal peribadinya di laman sosial, namun menganggap apa yang berlaku itu sebagai teguran halus untuk wanita di luar sana agar sentiasa mempercayai naluri sendiri.

“Saya tidak terfikir untuk berkongsi perkara sebegini. Tetapi jika ia dapat membantu wanita di luar sana untuk mempercayai naluri sendiri maka ia berbaloi untuk dikongsikan.

“Ini adalah peringatan bahawa pengkhianatan tidak semestinya datang daripada orang yang tidak dikenali dan kesetiaan bukanlah sesuatu yang harus di andaikan hanya kerana penampilan seseorang itu kelihatan baik atau seseorang yang beragama,” katanya.

Dalam hantaran sama, pelakon filem Padu itu juga mengakui dia kini memilih untuk meneruskan kehidupan dan lebih menghargai ketenangan berbanding memaksa orang yang salah untuk terus setia.

“Saya dah move on. Dan saya telah belajar bahawa keamanan jauh lebih berharga daripada memaksa kesetiaan daripada orang yang salah,” ujarnya.

Untuk info, sebelum ini Fify pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti tempatan, termasuklah pelakon, Nafiez Zaidi, Niezam Zaidi dan Syazwan Zulkifli.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Jul 2025

Abby Abadi Dedah Jumpa Scammer Secara Bersemuka: “Konon Nak Berbincang, Tapi Siap Tuduh Saya Pula!”

Abby Abadi mendedahkan, dia telahpun berjumpa dengan individu tersebut secara bersemuka.

Trending Sun, 3 Jan 2021
Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Caprice Cari Pasal Dengan Anak Muda Kelantan

Suka cipta kontroversi, Caprice cari gaduh dengan anak muda Kelantan pula.

Events Wed, 3 Jul 2019

Afgan Kembali Ke Kuala Lumpur Oktober Ini, Kali Ini Membawa ‘Inspirasi’

Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan!

Featured Wed, 18 Jan 2023

Sanggup Korban Kerjaya, Puteri Sarah Dedah 6 Tahun Jadi Suri Rumah – “Masa Nak Kahwin, I Buang Semua”

Pelakon Puteri Sarah menjadi suri rumah selama enam tahun dan menghentikan segala perkembangan kariernya sewaktu ingin berkahwin, suatu ketika dahulu. Menerusi rakaman sesi siaran langsung bersama Neelofa yang dimuat naik oleh akaun @amyqashrina baru-baru ini, […]

error: Content is protected !!