Euforia Bola 2026
Events By: SGMS Faida July 3, 2019 @ 3:08pm

Afgan Kembali Ke Kuala Lumpur Oktober Ini, Kali Ini Membawa ‘Inspirasi’

Selepas DEKADE, penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk tahun ketiga berturut-turut menerusi sebuah konsert INSPIRASI – Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Inspirasi’, konsert ini bertujuan untuk menyuntik semangat, memberi ilham dan berkongsi sumber inspirasi pelantun lagu ‘Jodoh Pasti Bertemu’ dalam mengharungi cabaran sepanjang hidup dan pembabitan beliau dalam industri. Konsert ini juga bertambah istimewa kerana bakal menampilkan buat julung kalinya artis jemputan yang merupakan idola Afgan sendiri, Dato’ Sheila Majid.

Dianjurkan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd,konsert ini pastinya amat diimpikan peminat Afgan khususnya untuk melihat kolaborasi unggul di antara dua penyanyi tersohor Malaysia dan Indonesia ini. Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio, Erik Ong berkata pengaruh muzik Afgan dan kekuatan populariti serta permintaan tinggi dari peminat muzik tanahair antara sebab utama Popcorn Studio memilih untuk menganjurkan konsert ini.

” Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan. Ini sekaligus membuktikan Afgan berada di dalam kelasnya yang tersendiri,” katanya.

HGH Convention Centre Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dan peralatan serta teknologi terkini di sana pasti dapat memberi impak dan pengalaman berbeza buat penonton. “Kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-out kerana pastinya tiada siapa mahu ketinggalan untuk menyaksikan sebuah magis duet di antara Afgan dan idola beliau” kata Erik.

Tiket konsert telah dijual bermula 25 Jun 2019 (Selasa) dan boleh didapati pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box). Berita baik buat peminat Afgan, pembeli terawal berpeluang menikmati diskaun sebanyak 15% untuk pembelian tiket kategori VIP, Gold dan Silver dan tawaran ini adalah terhad. Manakala pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greet dan minuman ringan sebelum konsert. Sebarang maklumat lanjut, sila layari https://proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur/.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Sep 2018

五大新马笑匠同框搞笑!1124笑声响彻云顶

新加坡名导梁志强、李国煌、程旭辉(辉哥),将汇集本地阿哥林德荣及新生代笑匠Jasper赖宇涵,于11月24日在云顶举办《搞笑至尊演唱会》;梁导更称会祭出升级版的《搞笑行动》,包让观众捧腹大笑!

Featured Fri, 27 May 2022

Peminat Teruja! Boleh Imbau Kenangan 12 Ikon Penyiaran Buat ‘Comeback’ Dalam Buletin Utama TV3

Keterujaan peminat jelas dapat dilihat apabila 12 ikon penyiaran TV3 akan memberi kejutan kepada penonton setia Buletin Utama dengan membuat penampilan istimewa sempena ulang tahun ke-38 stesen berkenaan. 12 ikon yang terdiri daripada Senator Datuk […]

Cahaya Mata Sat, 4 Feb 2023
Featured Mon, 18 Jul 2022

Naqiu Tolak Tawaran Menyanyi Jika Bukan Bersama Boboy – “Tak Adil Minta Saya Nyanyi Lagu…”

Ini baru betul ketua kumpulan yang hebat! 👏🏻 Naqiu kata nak tebus semula peluang Boboy yang hilang 15 tahun dahulu. Yass, Min suka lagu Episod Cinta 🤩👏🏻

Featured Fri, 21 Jul 2023
Featured Sun, 26 Jun 2022

“Dia Sebutir Permata, Tak Mahu Nama Digugurkan..’ – Tetap Hadir Penggambaran Selepas Jalani Pembedahan, Pengarah Kongsi Naskah Terakhir Adibah Noor

Maka benarlah, engkau Terlalu Istimewa. Kasih dan sayangmu terpancar, seikhlas, tiada batasan terus membara..

Hiburan Sun, 27 Oct 2019

Al- Fatihah…Jenazah Anak Fauziah Nawi Sudah Ditemui

Al-Fatihah…semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

error: Content is protected !!