Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 22, 2018 @ 6:35pm

Kawal Marah

Sebagai manusia, adalah normal untuk marah apabila situasi tidak kena dengan apa yang dijangka, atau keadaan berlaku di luar kawalan sendiri. Kemarahan tercetus adalah indikator ada hal yang tidak kena dan perlu ada reaksi sebagai mekanisme perlindungan.

Menurut Pakar Psikologi Klinikal & Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Syarifah Azizah Wan Ahmadul Badwi, reaksi fizikal normal ketika marah adalah pernafasan menjadi laju, berdebar dan tona suara berubah menggigil.

Manakala untuk emosi, kita akan berubah tidak sedap hati kerana fikiran dipenuhi dengan pelbagai anggapan. Apa yang penting untuk menangani kemarahan adalah dengan mengenal pasti apa yang boleh membangkitkan kemarahan.

Ramai yang tidak sedar atau tahu diri sendiri mempunyai faktor penyebab marah. Daripada kesedaran berkenaan barulah kemarahan boleh dikawal dari semasa ke semasa. Sudah tahu dan kenalpasti puncanya? Tiba masanya untuk rasionalkan semula adakah patut dan berbaloi marah? Atau kemarahan hanya meletus tanpa ada sebab yang munasabah.

Tambah Dr Syarifah Azizah lagi, bagi mengelakkan situasi tidak diingini berlaku ketika marah, seseorang perlu relaks dan berusaha untuk bertenang. Jauhkan diri dari tempat kejadian dan beri ruang kepada diri untuk merancang sama ada perlu atau tidak melempiaskan kemarahan.

Bagi pakar terapi ketawa, Fauzul Naim Ishak, untuk mengawal marah, kita wajar kembali kepada ajaran asas disarankan Nabi Muhammad SAW iaitu jika kemarahan melanda ketika duduk, wajar untuk berdiri, secara ringkasnya mengubah posisi diri ketika itu. Fauzul juga menerangkan teknik pernafasan adalah antara kaedah efektif patut dicuba kerana dari situ akan menerbitkan ketenangan.

Untuk itu, tarik nafas panjang-panjang dan hembuskan perlahan-lahan. Amalan konsisten ini akan memudahkan diri lebih rasional dan tidak terlalu mengikut emosi ketika itu. Contoh yang disarankan adalah kaedah ‘3,4,5’ merangkumi tarik nafas selama 3 saat, diikuti menahan nafas selama 4 saat dan akhirnya hembuskan selama 5 saat.

Ketika melakukan teknik ini, ingatkan perkara positif dalam diri seperti ‘bahagia’, ‘tenang’ dan ‘sayang’. Secara ringkasnya, untuk mengawal marah, terlebih dahulu kita mestilah mengawal diri dan tahu penyebab marah bagi memudahkan kawalan dibuat dari dalam. Latihan konsisten akan mengelakkan anda bertukar pemarah dan lebih rasional dalam tindakan.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Nov 2025

DMA Islam Label Pencinta Kucing Makhluk B*doh & Ada Masalah Mental, Ustaz Azhar Idrus Tampil Respons – “Baca Talkin Pada Kucing Mati Itu Baru Otak Tak Sihat”

UAI menegaskan, kenyataan tersebut tidak berasas dan bercanggah dengan sejarah serta ajaran Islam yang menjunjung sifat kasih sayang terhadap haiwan.

Featured Fri, 22 Apr 2022

Sudah Memasuki Carta Trending Di YouTube, Netizen Dakwa MV Lip Lap Raya Siti Nurhaliza Ambil Konsep MV Adele?

Yeke? Min tengok cantik dan menarik je MV Siti Nurhaliza. Nombor syaatuu gitu🔥

Featured Fri, 23 Dec 2022

Manisan ‘Sweet Table’ Kena Kecam, Ini Penjelasan Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering dikecam segelintir wargamaya akibat manisan ‘Sweet Table’ yang mengundang kontroversi. @fazleyyaakob BALIK-BALIK SWEETTABLE KENA KECAM! Semalam, saya menjamu beberapa rakan-rakan media di @sukasucrebistro sempena tradisi hujung tahun dulu-dulu. Dan […]

Featured Wed, 10 Jan 2024
Featured Sun, 12 May 2019
error: Content is protected !!