Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 15, 2024 @ 11:40am

Cerewet Pilih Naskhah, Aqasha Malu Jika Watak Tak Kena Dengan Usia – “Saya Mahu Banggakan Anak-Anak”

Pelakon dan penyanyi, Aqasha meluahkan rasa segan dan malu untuk melakonkan watak yang tidak bersesuaian dengan usianya pada ketika ini.

Sehubungan itu, dia perlu memilih serta meneliti sesebuah naskhah terlebih dahulu.

Akui kreadibiliti dalam kerjaya menjadi prioriti, Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli juga mahu membanggakan kedua-dua orang anaknya yang semakin meningkat remaja itu.

“Harapan saya apabila saya menerima skrip, saya mendapat watak yang boleh membanggakan anak apabila mereka menonton lakonan saya.

“Anak-anak pun sudah besar, mereka sudah faham apa yang mereka tonton jadi malulah kalau saya bawa watak-watak seperti dulu,” ujarnya.

Sementara itu, persoalan tentang dirinya yang agak lama menyepi dan jarang muncul di mana-mana drama, telefilem atau filem akhirnya terjawab.

Sungguhpun gemar memainkan watak yang bervariasi suatu ketika dahulu, Aqasha bagaimanapun memikirkan soal maruah dan nama baik keluarga pada ketika ini.

Dia tidak mahu dilabel sebagai pelakon yang tidak sedar diri gara-gara watak yang keterlaluan.

“Saya bukan menghilangkan diri dari dunia seni atau mengelak publisiti dari media, sebaliknya memilih cara ini kerana berpegang kepada apa yang saya katakan tadi.

“Dulu waktu muda pelbagai bentuk lakonan dan persembahan saya ingin cuba kerana mahu mencari tapak, membentuk identiti dan membina nama di mata masyarakat.

“Sekarang apabila lebih berusia dan berkeluarga, saya ada misi dan sasaran lengkap untuk saya jalankan dalam setiap projek yang akan datang.

“Saya harap setiap projek dan kerja seni yang saya lakukan memberi manfaat kepada orang ramai terutama golongan muda,” jelasnya.

Menurut Harian Metro, Aqasha kini sedang sibuk dalam penggambaran sebuah karya berjudul Nafsu yang bakal bersiaran di laman penstriman Viu.

Lakonan dan nyanyian sebenarnya berjalan seiring. Saya baru saja terbabit dengan projek Lagu Dari Seluloid terbitan Mac Training Centre Sdn Bhd dengan kerjasama Studio Funky Brigade yang kini disiarkan di YouTube.

“Jujurnya saya tidak pernah hilang daripada dunia seni. Mungkin orang sangka saya tidak aktif kerana saya tidak keluarkan lagu setiap tahun atau setiap enam bulan seperti penyanyi lain.

“Pengkarya seperti saya, jika ada rumput yang panjang tidak akan timbul-timbul. Alhamdulillah dalam kalangan rakan industri saya masih tidak tertinggal dan ditinggalkan,” katanya lagi.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 31 Aug 2025
Featured Thu, 27 Nov 2025

Remy Ishak Tegur Peminat Jual Nama Saudara Mara Minta Izin Nak Ambil Gambar – “Kalau Minat Biar Mereka Datang Jumpa Saya”

Remy Ishak menegur segelintir peminatnya apabila ramai yang ‘menjual’ nama saudara-mara mereka setiap kali mahu mengambil gambar bersamanya.

Hiburan Sat, 19 Dec 2020

Ernie Zakri Tidak Letak Harapan Menang Vokal Terbaik Pada AJL35

Tak sabar nak tengok persembahan Ernie Zakri di AJL35

Hiburan Fri, 11 Apr 2025

[VIDEO] “Kalau Ayah Saya Masih Hidup, Takkan Jadi Begini” – Isteri Azlan Komeng Luah Rasa Pilu

Isteri Azlan Komeng kenang arwah bapa akan lindungi dari berlaku konflik rumah tangga

Trending Fri, 20 Aug 2021

Remy Ishak Bakal Tamatkan Zaman Bujang Sabtu Ini

Kalau dah jodoh tak kemana…♥

Trending Mon, 26 Jul 2021
Featured Wed, 27 Sep 2023

Tampil Dengan Kolaborasi Sulung ‘Akhir Cerita’, Aziz Harun & Dalia Farhana Akui Ada ‘Chemistry’

“Meski berat untuk berpisah, sedang masih ada rasa cinta, namun perpisahan jalan terbaiknya”. Itu antara mesej yang terkandung dalam single duet yang menampilkan kolaborasi sulung antara penyanyi, Dalia Farhana dan Aziz Harun. Istimewanya, lagu bergenre […]

Hiburan Mon, 2 Oct 2023
Hiburan Wed, 11 Oct 2023

Ben Ladin, Shiha Zikir Bergabung dalam ‘Angan’

Gabungan yang mantap! Lirik pun mendalam. Love❤️❤️❤️

error: Content is protected !!