Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Padin June 8, 2026 @ 5:52pm

Gen Z Suka Masak? Sertai Pertandingan Anjuran Seismik Makan Ini & Menangi RM5,000!

Generasi Z sering dikaitkan dengan gelaran “generasi microwave” kerana dianggap lebih gemar membeli makanan siap berbanding memasak sendiri di rumah.

Namun, persepsi itu mahu dicabar menerusi kempen terbaharu Seismik Makan yang tampil dengan pertandingan “Siapa Masak Tu? Juara Masak Gen Z”.

Inisiatif di bawah REV Media Group itu bertujuan mencari bakat-bakat muda dalam bidang kulinari selain memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan kemahiran memasak kepada khalayak yang lebih luas.

Lebih menarik, peserta yang berjaya menambat hati juri berpeluang membawa pulang hadiah utama bernilai RM5,000.

Pertandingan tersebut diwujudkan sebagai platform untuk anak muda berkongsi minat dan kreativiti dalam dunia masakan, sekali gus membuktikan bahawa Generasi Z bukan sahaja aktif di media sosial, malah mempunyai bakat memasak yang tidak kurang hebatnya.

Penyertaan dibuka kepada rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 29 tahun sehingga 23 Jun 2026.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlu menghasilkan video berdurasi maksimum 90 saat dan memuat naiknya di TikTok atau Instagram.

Peserta juga perlu menjawab soalan, “Gen Z tak patut dilabel sebagai generasi microwave kerana…” di ruangan kapsyen, selain menandakan akaun @SeismikMakan dan menggunakan tanda pagar rasmi #SiapaMasakTu.

Menerusi video yang dihasilkan, peserta digalakkan menampilkan kemahiran memasak, kreativiti serta personaliti masing-masing bagi menarik perhatian juri.

Ketua Video (English Network) REV Media Group, Muhamad Helmi Yahya berkata, pertandingan tersebut diwujudkan bagi memberi ruang kepada lebih ramai anak muda menyerlahkan bakat mereka dalam bidang kulinari.

“Kami percaya ramai anak muda mempunyai bakat memasak yang hebat, tetapi mungkin belum mempunyai platform yang sesuai untuk diketengahkan.

“Menerusi kempen ini, kami berharap lebih ramai Gen Z berani berkongsi minat mereka terhadap dunia makanan selain menggalakkan pembentukan komuniti pencinta kulinari yang lebih aktif di media sosial,” katanya.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini pertandingan tersebut menerusi platform media sosial rasmi Seismik Makan sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Jadi, jika anda yakin bakat memasak anda mampu mencuri perhatian ramai, inilah masanya untuk membuktikan bahawa Generasi Z lebih daripada sekadar gelaran “generasi microwave”.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Jan 2021

“Apa Yang Terbaik Untuk Kita Tak Semestinya Terbaik Untuk Orang Lain” – Alif Satar Kongsi Kata-Kata Positif

Ujian setiap orang berbeza beza, sentiasalah pilih untuk menjadi baik ❤️

Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Bukan Sombong Tapi…

Hurm…apa kes ni?

Trending Thu, 18 Feb 2021

Rafiq Razali Dilantik Sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad

Media Prima Berhad, kumpulan media bersepadu sepenuhnya terbesar di Malaysia, mengumumkan pelantikan Rafiq Razali, 36, sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan, melapor kepada Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa 18 Februari 2021. Rafiq menyertai Media Prima pada 2016 […]

Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Hiburan Fri, 20 Jun 2025
Hiburan Sun, 3 Jun 2018

Sweet! Wawa Zainal Terima Kereta Mewah Sempena Hari Jadi

Hadiah sebab selama ni jaga saya dan tak pernah mengeluh jaga anak-anak saya… Terbaiklah Aeril, sweet habis!

error: Content is protected !!