Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 30, 2020 @ 3:46pm

“Tak Ada Isu Wanita Bertudung Tak Boleh Bawak Watak Hyper” – Amyra Rosli

Pelakon jelita, Amyra Rosli kini muncul dengan drama terbaru lakonan beliau  Sang Pewaris bersama dengan hero pujaan ramai, Ben Amir.

Terkenal dengan watak Nur, Amyra mengulas mengenai rezeki lakonannya setelah tampil dengan imej bertudung.

“Alhamdullilah, rezeki Allah sentiasa ada. Selepas dua bulan saya berhijab, saya sebenarnya pernah question ada ke orang nak ambil berlakon.

“Tapi, syukur Alhamdulillah rezeki Allah yang tentukan dan sentiasa ada untuk saya,” jawabnya di sidang media Sang Pewaris.

Mengulas mengenai watak lakonan yang dibawa oleh Wan Sharmila dalam Sang Pewaris yang mempunyai karakter “hyper” atau gila – gila dengan imejnya yang juga berhijab , Amyra turut memberi pandangannya tersendiri

“Sebenarnya, tidak ada isu seseorang yang berhijab tak boleh bawa watak yang hyper.” ulasnya.

Sang Pewaris sudah mula ditayangkan bermula 26 November hingga 30 Disember 2020, turut dipilih untuk tayangan di WeTV Malaysia.

Drama 13 episod ini mengetengahkan kisah kehidupan Ali dari ‘zero’ to ‘hero’ dengan unsur-unsur romantis dan konflik kekeluargaan yang muncul satu demi satu.

Drama bersiri yang bersiaran dalam slot Lestary itu turut dibintangi Datuk Fizz Fairuz, Wan Sharmila dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Mar 2026
Featured Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Featured Tue, 6 Dec 2022
Featured Tue, 23 Jul 2024

Bekas Isteri Andika Putera ‘Spill The Tea’… Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Dengan Staff Sendiri -“Dah Bersayang, Ber-B Bagai Tak Curang Ke?”

Alamak, bekas suami kata fitnah besar… Tapi, bekas isteri siap mengaku bekas suami curang sejak tahun 2020🔥🔥🔥

Featured Thu, 12 Feb 2026

“Kau Jangan Main-Main Dengan Aku” – Farra Inalis Enggan Hidup Bermadu

Farra kelihatan berang apabila menjawab soalan yang diajukan warganet mengenai hidup bermadu.

error: Content is protected !!