Euforia Bola 2026
Drama By: Padin September 26, 2025 @ 6:58pm

Nabila Razali & Andi Bernadee ‘Panaskan’ Dapur Dengan Cinta Dalam Me.N.U, Saksikan Sekarang Di Tonton!

Dunia kulinari menjadi pentas kepada sebuah kisah cinta yang sarat inspirasi menerusi drama terbaharu berjudul Me.N.U. Menampilkan gandingan Nabila Razali dan Andi Bernadee sebagai pelakon utama, karya ini mengetengahkan perjalanan seorang wanita yang berani mempertahankan impian untuk bergelar chef, meskipun berdepan penentangan keluarga dan pelbagai cabaran hidup.

Drama bersiri 10 episod arahan Faliq Sharif ini turut dibarisi pelakon berpengalaman seperti Natasya Mahyan, Puteri Awani, Ako Mustapha, Noniswara dan Azizah Mahzan. Ceritanya bermula apabila kerjaya Lisa (lakonan Nabila Razali) terancam selepas dia bangkit mempertahankan rakan sekerjanya yang menjadi mangsa buli di tempat kerja.

Tidak mahu menyerah, Lisa tekad untuk membina perniagaan sendiri dengan membuka sebuah restoran. Namun, usahanya terbantut apabila permohonan pinjaman banknya ditolak oleh Haris (Andi Bernadee), seorang pegawai bank. Pertemuan itu mencetuskan konflik antara mereka, menjadikan hubungan Lisa dan Haris penuh dengan perbalahan ibarat anjing dan kucing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Di sebalik sikap kerasnya terhadap Lisa, Haris sebenarnya sedang merancang untuk melamar kekasihnya, Alya Nova (Puteri Awani), seorang pempengaruh terkenal. Namun, perancangan itu terganggu oleh sebuah peristiwa yang menggoncang hubungan mereka, sekali gus membuka ruang baharu kepada hubungan Haris dan Lisa untuk berkembang lebih mesra.

Kehadiran Haris mula membawa warna dalam hidup Lisa, tetapi dilema antara cinta, keluarga dan cita-cita menjadikan perjalanannya semakin rumit.

Bagi Nabila, Me.N.U bukan sekadar drama komedi romantik, sebaliknya turut menyingkap isu konflik keluarga, aspirasi anak muda dan keberanian seorang wanita untuk terus berdiri teguh dalam mengejar impiannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

“Setiap langkah, walaupun kecil, memberi pengajaran dan menjadikan kita lebih kuat. Lisa terus cekal menghadapi cabaran, demi mengejar apa yang paling bermakna baginya,” katanya.

Drama ini hadir sebagai naskhah yang dekat dengan realiti generasi muda, penuh warna, sarat makna dan menyuntik semangat untuk yakin pada diri sendiri meskipun jalan yang ditempuhi penuh berliku.

Jangan lepaskan tayangan perdana Me.N.U bermula 11 September 2025, eksklusif di Tonton! Untuk maklumat lanjut mengenai program kegemaran anda, ikuti @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Jul 2019

Tahniah Shuk Dapat Anak Kedua, Kali Ni Baby Girl!

Alhamdulillah, tahniah Shuk dan isteri!

Trending Wed, 31 Mar 2021

Naqiu Berpadu Suara Dengan Vanessa Reynauld Dalam Rindu Separuh Nyawa

Biarpun berbeza usia, bekas vokalis kumpulan Boboy, Naqiu, 35, dan penyanyi remaja, Vanessa Reynauld, 21, berjaya mewujudkan keserasian dalam lagu duet Rindu Separuh Nyawa. Mungkin dua penyanyi ini datang daripada generasi berbeza, namun mereka mempunyai […]

Featured Wed, 14 Dec 2022

Suami Kantoi Curang Tapi Stay Sebab Anak, Ini Respons Padu Hazeman Huzir

Min setuju! Thanks Haze untuk peringatan kita bersama

Featured Sat, 9 Sep 2023
Trending Thu, 25 Aug 2022

Cecah RM100,000! Vespa Dior Milik Nabila Razali Jadi Tumpuan

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi menjadi bualan netizen apabila muat naiknya mencuri perhatian apabila dikatakan telah membeli sebuah Vespa 946 Dior. Menerusi perkongsian Nabila di laman Instagram, dia memuat naik beberapa keping foto […]

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Drama Fri, 16 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Chinta Arjuna’

Kisah cinta yang tidak diduga!

Hiburan Mon, 17 Mar 2025

Bimbang Berlaku Istidraj, PU Syed Nasihat Aisar Khaled Jangan Salah Guna Kekayaan Untuk Maksiat

PU Syed tegur Aisar Khaled jangan guna kekayaan ke arah maksiat

error: Content is protected !!