Euforia Bola 2026
Drama By: Padin December 16, 2022 @ 12:46pm

Tonton Apa Hari Ni: ‘Chinta Arjuna’

Masih tak pasti nak tonton apa untuk mengisi masa lapang pada bulan Disember ini?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Saksikanlah ‘Chinta Arjuna’ yang mewarnai slot Sakura pada jam 6 petang di TV3.

Secara ringkasnya, ‘Chinta Arjuna’ mengisahkan liku-liku hubungan pasangan yang bersatu dengan cara yang sedikit luar biasa.

Dek kesibukan menguruskan perniagaan peninggalan arwah ayahnya, Arjuna (dilakonkan oleh Fadlan Hazim) tidak mempunyai masa untuk mencari teman wanita. Malah, dia juga langsung tidak tahu bagaimana untuk memikat wanita sehingga berita tersebar fitnah di internet kononnya Arjuna adalah seorang lelaki yang tidak sukakan perempuan.

Chinta (dilakonkan oleh Riena Diana) merupakan pelajar tahun akhir di kolej. Dia berpegang teguh kepada prinsip menunggu cinta sejati. Hasilnya, dia tidak mudah bercinta sehingga berjumpa dengan yang betul-betul ikhlas untuk menawan hatinya.

Desakan hidup memaksa Chinta untuk menerima kontrak yang ditawarkan oleh Nenda Arjuna yang mahu Chinta mengahwini Arjuna untuk mencari pasangan hidup bagi cucunya.

Jangan terlepas untuk menonton kisah cinta penuh kejutan ini menerusi slot Sakura bermula 13 Disember pada jam 6 petang di saluran TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Tue, 6 Sep 2022

“Tiada Pihak Ketiga..” – Nad Zainal Perjelas Isu Video Tular

Tu dia, Tuan badan dah tampil jelaskan. Siapa yang cakap Nad cerai sebab pihak ketiga tu? 😌 Jangan buat spekulasi ok gaisss 🤪

Featured Mon, 25 Nov 2024

Nina Ismail Sabri Kini Sah Jadi Suri Hati Hafiz Osman

Usahawan Nina Ismail Sabri akhirnya kembali menjadi isteri kepada jejaka pilihan hati, Hafiz Osman.

Featured Thu, 3 Oct 2024
Featured Fri, 9 May 2025
error: Content is protected !!