Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 3, 2024 @ 9:27pm

Nabil Aqil Idam Anugerah Pelakon Lelaki Popular, Mahu Bawa Watak Lelaki Alami Depresi – “We Can Always Start Slow”

Pelakon drama bersiri Salju Rindu di Bumi Auckland, Nabil Aqil mengaku mengidamkan watak gangster dan lelaki yang mengalami depresi lantaran pernah mengalami pengalaman tersebut.

Kata Nabil atau nama penuhnya, Mohammad Nabil Aqil Mohd Salehuddin, 26, dia yakin boleh membawakan watak sedemikian dengan baik.

“Gangster dan seorang yang mengalami masalah depresi yang sangat kuat. Sebab saya yakin boleh bawa masalah depresi tu dengan baik. Saya pernah melalui depresi, jadi ada input sikit lah,” ulasnya.

Mengulas lanjut mengenai isu artis baharu yang dilihat memandang rendah terhadap anugerah tempatan, Nabil menjelaskan untuk seseoang itu mempunyai impian besar adalah tidak salah meskipun ia mengambil masa yang agak lama.

“Okay saja untuk impian yang besar, apa salahnya. Saya nak kena cuba dapatkan gelaran dan anugerah pelakon terbaik dahulu, itu yang saya akan usahakan.

“Anugeah tempatan okay sahaja, sekurangnya kita dapat anugerah dalam negara sendiri.

“Dan apabila kita dah dapat satu persatu bolehlah kita capai anugerah yang lagi tinggi. We can always start slow, nak lompat terus pun boleh. Ikutlah mana yang selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil mengakui walaupun baharu dalam industri seni tanah air, setiap artis haruslah bersikap ramah dan sentiasa bersyukur dengan apa yang diraih.

“Yang paling penting kita kena always stay humble, dan jangan rasa kita sentiasa berada di atas sebab apa yang kita ada sekarang ini hanyalah sementara sahaja.

“Jadi kita kena bersyukur dan buat yang terbaik, tolong orang sekeliling. Insya-Allah, segala urusan kita akan dipermudahkan,” ujarnya.

Nabil berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, TV3 bagi mempromosikan drama terbaharunya berjudul, Salju Rindu Di Bumi Auckland.

Selain Nabil antara akan artis yang telibat dalam drama kali ini ialah, Riena Diana, Keith Foo, Kodi Rasheed dan Husna Mustafaa.

Drama penuh emosi ini berlatarbelakangkan keindahan bumi Auckland, mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin.

Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Tampilkan Rosyam Nor, Fauziah Ahmad Daud, Erra Fazira & Ramai Lagi, Intuisi Evolusi Emas Semarakkan FFM 33

Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menganjurkan Intuisi Evolusi Emas FFM33 untuk menyemarakkan lagi sambutan Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33).

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

DAH BERGELAR DATUK, AARON AZIZ TUKAR HALUAN?

Barangkali kegigihannya turun padang dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat membuat Aaron dipandang tinggi bagaikan ‘wakil rakyat’ pula.

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Trending Fri, 2 Nov 2018

Bajet 2019: Bayaran Khas RM500 Pada Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Bayaran Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri

Trending Wed, 6 May 2020
Trending Sun, 18 Oct 2020

Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Rizalman Ibrahim Mahu Turun Padang

Pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim, 49, yang kini menggalas tugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) mahu turun padang untuk peka dengan keadaan semasa yang berlaku di institusi itu. Mahu menggalas tugas […]

Hiburan Mon, 15 Jun 2026

Siti Nurhaliza Titip Semangat Buat Individu Wanita Alami Keguguran Kandungan 19 Minggu – “Reda Kerana Anakanda Menanti Di Syurga”

Susulan itu, Siti meninggalkan komen di ruangan hantaran tersebut dengan mengingatkan individu tersebut setiap perkara yang berlaku ada hikmahNya, dan mempercayai perancangan Allah sentiasa terbaik. 

error: Content is protected !!