Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 30, 2026 @ 10:36pm

Sertai Acara Korban Di Pahang, Fizz Fairuz Tersentuh Lihat Orang Ramai Gotong Royong Hidupkan Aidiladha

Pelakon Datuk Fizz Fairuz bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bersama-sama menyertai ibadah korban sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Menurut Fizz, Aidiladha sentiasa membawa makna yang cukup besar buat dirinya kerana sambutan tersebut bukan sekadar mengenai ibadah semata-mata, tetapi juga tentang nilai kemanusiaan, keikhlasan dan semangat berkongsi rezeki dengan masyarakat.

Katanya, setiap kali berpeluang turun padang menyertai aktiviti korban, dia sentiasa tersentuh melihat semangat orang ramai yang bergotong-royong dan saling membantu tanpa mengira latar belakang.

“Bila berada dalam suasana macam ni, kita akan lebih menghargai nikmat yang ada. Saya rasa Aidiladha memang waktu terbaik untuk kita rapat dengan semua orang dan belajar erti syukur.

“Kadang-kadang benda paling bermakna bukan besar mana sumbangan kita, tapi peluang untuk sama-sama hadir, membantu dan berkongsi kegembiraan itu sendiri,” katanya.

Fizz menyertai Program Semarak Kasih Korban Pahang 1st yang berlangsung sepanjang Aidiladha tahun ini melibatkan seluruh negeri Pahang, baru-baru ini.

Fizz yang turun padang di Raub turut meluahkan penghargaan kepada Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang dan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin selaku penyelaras DUN Chenor serta kerana menghidupkan inisiatif sebegini dalam memberi semua kepada rakyat, khususnya warga Pahang,

“Saya memang nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Wan Rosdy dan juga Datuk Seri Shahaniza sebab program macam ni bukan saja membantu masyarakat, tapi secara tak langsung menghidupkan semula semangat kebersamaan yang sangat indah ketika Aidiladha.

“Bagi saya, bila tengok sendiri bagaimana semua pihak turun padang, bergotong-royong dan sama-sama menjayakan ibadah korban, ia memberi satu rasa yang sangat menyentuh hati. Saya sendiri rasa bertuah sebab dapat jadi sebahagian daripada program ini.

“Terima kasih juga kepada Datuk Seri Shahaniza sebab sudi ajak saya join sekali. Alhamdulillah, saya gembira dapat bersama masyarakat di Raub dan merasai sendiri kemeriahan sambutan Aidiladha bersama mereka. Moga usaha macam ni dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Program berkenaan melibatkan sumbangan sebanyak RM60,000 bagi setiap parlimen dengan keseluruhan 14 parlimen terlibat sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha dari hari kedua hingga keempat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Pernah Merajuk Dengan Industri Seni, Nadiya Nisaa Mahu Undur Diri? Mujur Rakan Artis Beri Teguran & Hadiahkan Karya Menarik

Alaa… janganlah undur diri, peminat ramai tau yang suka tengok Nadiya berlakon!

Events Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

霍别三年Kenny G 1111重返云顶开演奏会

国际萨克斯风演奏家肯尼·基(Kenny G)霍别大马舞台三年,即将于11月11日,晚上8点30分,率领专属团队重返云顶云星剧场开办个人演奏会!

Featured Fri, 10 Nov 2023

Comelnya! Kongsi Momen Photoshoot Saif Sulaiman, Netizen Teruja Tengok Safawi Rasid Dukung Anak

Walaupun pegang macam bola tapi cute sangat family ni kan😍😍😍

Selebriti Wed, 18 Mar 2026

Chef Riz Kembangkan Kerjaya Kulinari Dengan Restoran Baharu

Chef Riz terus mengorak langkah dalam dunia kulinari.

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Tue, 16 Aug 2022

Tukar Nama Kepada ‘Azri Alexander’? Azri Iskandar Batal Hasrat Sebab…

Alahai sampai nak tukar nama eh sebab selalu kena kecam 😌 Korang rasa patut ke Azri Iskandar tukar jadi Azri Alexander?

Trending Mon, 19 Mar 2018

Ini Fakta! Jumlah Penganggur Di Malaysia Masih Rendah

Kadar pengangguran belia negara adalah 12.4 peratus berbanding New Zealand (14 peratus), Australia (12.5 peratus) dan negara membangun lain seperti Filipina (13.5 peratus) dan Indonesia (19 peratus).

Trending Fri, 4 Jan 2019

Kim Kardashian & Kanye West Kini Sedang Menanti Kelahiran Anak Mereka Yang Ke-4!

Baca untuk ketahui jantina dan due date kandungan ini.

Featured Tue, 30 Aug 2022

Disaran Ambil Dadah & Difitnah Kutip Sampah Dengan Ibu! Puteri Balqis Cadang Saman Netizen Tapi…

Kesiannya Aqish kena hadap komen netizen sampai macam tu sekali 😌 tapi kenapa tak jadi saman tu?

error: Content is protected !!