Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2023 @ 3:00pm

Comelnya! Kongsi Momen Photoshoot Saif Sulaiman, Netizen Teruja Tengok Safawi Rasid Dukung Anak

Pasangan selebriti, Syifa Melvin dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mencuri perhatian selepas video ‘photoshoot’ melibatkan anak sulung mereka, Saif Sulaiman tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Syifa dan Safawi kelihatan memakai busana sedondon berwarna hitam bersama anak lelaki mereka yang kelihatannya dibedung  dengan kain berwarna coklat.

“Behind the scene family photo Safawi Rasid dan Syifa Melvin,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah cara Safawi memegang dan mendukung anaknya yang disamakan seperti memegang bola sepak.

Selain itu, rata-rata netizen turut memuji kulit kemerah-merahan yang dimiliki Saif Sulaiman.

“Pawi pegang anak dia dah macam pegang bola sepak.

“Comelnya! Walaupun Pawi macam pegang piala atau bola dekat anak dia tapi serius suka lawa sangat!

“Safawi pegang anak ke pegang piala bola sepak tu?

“Selalu anak merah macam ni bila besar kulit dia mesti putih melepak.

“Jarang nak jumpa baby merah ni, besar nanti kulit conform putih.

“Baby ikut muka Pawi ni.

“baby kalau masa kecik merah tengok besar nanti kulit putih,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 900,000 tontonan dengan menerima lebih 55,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Khamis.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Kes Saman Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari Belum Selesai

Tindakan lanjutan ini adalah untuk memberi pengajaran sebenarnya

Events Thu, 28 Mar 2019

Tiga Tahun Makin Wow Di CJ WOW SHOP!

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan mata ganjaran yang semestinya WOW! hanya di CJ WOW SHOP!

Hiburan Thu, 14 Jun 2018
Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Wed, 8 Feb 2023
Featured Sun, 16 May 2021

Hukum Tak Ambil Tahu Isu Palestin , Ini Jawapan Dari Ustaz Adnin

Seluruh dunia kini tertumpu kepada isu melibatkan Palestin dan Israel. Dengan tema solidariti untuk palestin dan #FreePalestin, seluruh dunia  berusaha untuk menegakkan keadilan buat rakyat Palestin yang diserang Israel serta memelihara kesucian Masjidil Al Aqsa […]

error: Content is protected !!