Euforia Bola 2026
Featured By: Padin May 23, 2026 @ 5:54pm

“Wanita Perlu Ada Income Sendiri” – Nadia Marni Kongsi Kepentingan Kaum Hawa Ceburi Pelbagai Cabang Perniagaan

Bagi pempengaruh dan usahawan, Datuk Nadia Marni, wanita hari ini perlu lebih berdikari dan berani mencipta sumber pendapatan sendiri demi masa depan yang lebih terjamin.

Berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman hidup sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Nadia yang berusia 42 tahun mengakui wanita tidak boleh terlalu bergantung sepenuhnya kepada orang lain kerana kehidupan boleh berubah pada bila-bila masa.

Selain menceburkan diri dalam dunia perundangan sebagai kerjaya profesional, Nadia turut mempunyai bisnes dalam beberapa bidang lain seperti fesyen.

“Bagi saya, wanita memang perlu ada pendapatan dan berdikari. Bukan sebab kita tak boleh bergantung kepada lelaki, tetapi hidup ini macam-macam boleh jadi.

“Kadang-kadang bila terlalu bergantung dan tak bekerja, apabila berlaku sesuatu seperti perceraian atau jodoh tak panjang, ketika itu kita mula rasa susah untuk bangkit semula,” katanya.

Menurut Nadia, wanita moden hari ini perlu berani mencuba pelbagai cabang termasuk dunia perniagaan bagi memastikan mereka mempunyai kestabilan sendiri dalam kehidupan.

Dalam masa sama, Nadia turut menekankan pentingnya wanita membina keyakinan diri dan sentiasa mencari peluang untuk berkembang tanpa takut memulakan sesuatu dari bawah.

Luahan tersebut dikongsikan sempena Majlis Intimate Hi Tea Maharani x Artelia yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Ibu dan Aidiladha di Artelia Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Nadia yang merupakan pengasas jenama Maharani, kolaborasi mereka dan Artelia sudah lama terjalin memandangkan kedua-dua pihak mempunyai hubungan rapat serta sering bekerjasama dalam beberapa projek sebelum ini.

“Hari ini sebenarnya lebih kepada majlis santai dan intimate bersama kawan-kawan rapat sempena Hari Ibu dan Aidiladha.

“Sambil makan-makan dan bersembang, kami juga berkongsi idea perniagaan dan perancangan masa depan,” katanya.

Turut menjayakan kolaborasi tersebut ialah Pengarah Artelia, Mereen Teo yang mendedahkan kedua-dua jenama bakal tampil dengan lebih banyak koleksi kolaborasi pada masa akan datang.

Antara produk yang pernah dihasilkan menerusi kerjasama tersebut termasuk sarung bantal dan table runner eksklusif yang mendapat sambutan memberangsangkan sehingga habis terjual.

“Kami sendiri tak sangka sambutannya sangat baik walaupun koleksi itu tidak dipromosikan secara besar-besaran.

“Selepas ini, akan ada lagi siri dan koleksi baharu pada masa akan datang,” katanya.

Majlis tersebut turut meraikan nilai keanggunan, penghargaan terhadap wanita serta gaya hidup elegan yang menjadi identiti kedua-dua jenama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 17 Jul 2019

Nak kurus? Ini resipi sarapan sihat untuk mereka yang sibuk

Paling penting sihat, cepat & mudah disediakan!

Trending Thu, 17 Jan 2019

令人难以置信!你绝不会相信它们居然「完全未经 PS 修图」

数位编辑工具几乎已成万能的修图大神,但是有时候最惊人的影像,却是来自于未经 Photoshop 修改过的照片!

familuv Mon, 8 Oct 2018

7 Mitos Tentang Kehamilan Yang Anda Kena Berhenti Percaya

Ada “nasihat” yang boleh diterima pakai, dan ada yang tak logik.

Trending Sun, 14 Apr 2019

Dua Helikopter Bertembung Dekat Gunung Everest

“Pesawat itu jatuh ke arah helikopter ketika berlepas dan bertembung dengan dua helikopter.”

Hiburan Fri, 21 Mar 2025

Saling Mengenali Hati Budi, Ismail Izzani Kini Rapat Dengan Aktres Indonesia 

Ismail Izzani dan Gabriella Ekaputri dah hampir setahun berkenalan di media sosial

Hiburan Tue, 3 Jun 2025

[VIDEO] Nabila Razali Ajak Orang Ramai Datang Kenduri Aqiqah Anak Di Kelantan

Nabila Razali akan mengadakan majlis akikah untuk anak sulung

Hiburan Sat, 11 Apr 2026

Rumah Tangga Dengan Julia Farhana Didakwa Bergolak, Ini Respons Dr Che Hafiz – “Biasalah Ada Pasang Surut”

Hafiz menjelaskan perkara itu tidak benar, sebaliknya mereka memilih untuk tidak berkongsi segalanya di media sosial.

Trending Wed, 13 Mar 2019

猪界传奇! 「猪卡索」一幅画卖1万6000令吉

猪界传奇!天才「猪卡索」超有才华,一幅画售价1万6000令吉。

error: Content is protected !!