Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 2, 2024 @ 10:00pm

Ahli Old Money Mengorat Dahlia Rizal, Imran Aqil ‘Sound’ Individu Miang

Pempengaruh dan modal jelita, Dahlia Rizal berkongsi momen ketika suaminya, pelakon Imran Aqil menegur individu yang cuba mengorat isterinya itu.

Menerusi ruangan Instagram, Dahlia berkata dia jarang ‘melayan’ mesej-mesej ‘miang’ segelintir golongan lelaki di media sosial, namun memilih untuk memberi respons pada individu tersebut yang dikatakan daripada komuniti old money.

“Saya selalunya tak layan DM dari lelaki tapi kali ini saja tunjuk pada Imran sebab dia (lelaki itu) dari komuniti Old Money yang viral itu. Saja tunjuk Imran sebab saya rasa benda ini kelakar,” katanya.

Hantaran tersebut memaparkan individu tersebut memberikan nombor telefonnya ketika membalas paparan Instagram Story (IGs) Dahlia.

Mengulas lebih lanjut, Dahlia berkata Imran lantas mengambil telefonnya dan menegur individu tersebut.

“Dia (Imran) terus ambil telefon dan balas guna voice note kata ‘Eh, Dahlia dah kahwin la b*d*h’,” katanya.

Sekadar info, Dahlia dan bekas penyampai radio Hot Fm itu mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

肥妈什么料都敢爆!唯独对「他」会手下留情

相隔不到半年,叶丽仪、陈洁灵和玛俐亚再度联手,于8月10日重返云顶举办《三大超豪亚洲天后云顶2019》演唱会,以60至70年代歌曲及服装打扮,与歌迷重温当年情!

Featured Thu, 6 Mar 2025

Tinggal Komen Jelik Libat Agama, MCMC Saman Harith Iskander, Cecilia Yap

Permohonan untuk menutup akaun Facebook kedua-dua individu tersebut juga telah dibuat.

Hiburan Thu, 11 May 2023
Hiburan Thu, 16 May 2019

‘Doa Yang Baik-Baik’- Ezlynn Dah Jumpa Pengganti?

Doa yang baik-baik untuk Ezlynn, mana tahu jodoh sampai lepas Raya ni ke?

Hiburan Wed, 29 May 2019

Skuad Seratus Ikhlas Undur Diri

Skuad Seratus Ikhlas telah melabuhkan tirainya di majlis berbuka puasa yang berlangsung di tapak TV3 Grand Bazar Ramadan Raya semalam.

Hiburan Fri, 17 Apr 2026

Umairah Ganti Amira Othman Nyanyi ‘Rasa & Takdir’ Di AJL40 Separuh Akhir Malam Pertama

Umairah menggantikan Amira Othman menyampaikan lagu Rasa & Takdir di AJL40 Separuh Akhir.

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Sis Okay Je, Tak Faham Kenapa Open House Guna Pinggan Plastic Boleh Jadi Isu” – Sheila Rusly

Sheila Rusly memberikan pandangan mengenai isu penggunaan pinggan plastik dalam majlis rumah terbuka yang menjadi perdebatan segelintir netizen.

error: Content is protected !!