Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 6, 2022 @ 12:42pm

“Tiada Pihak Ketiga..” – Nad Zainal Perjelas Isu Video Tular

Pelakon Nad Zainal tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik video temu ramah bersama sebuah program hiburan yang tular di media sosial sejurus heboh mengenai perceraiannya.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, Nad mengakui terganggu atas spekulasi orang ramai yang mendakwa wujud pihak ketiga dalam perkahwinannya susulan tular kenyataan aktres Takdir Yang Tertulis ini dalam video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Berikutan video temuramah yang tular, ramai membuat spekulasi saya memberi bayangan tentang keadaan rumahtangga saya sebelum ini, yang di mana tidak benar.

“Please stop. Itu hanya temuramah berkenaan isu kecurangan rentetan dari tayangan finale Dendam Seorang Isteri.

“Saya terganggu dengan spekulasi yang berbangkit. Please stop,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, menafikan perkahwinannya retak akibat pihak ketiga dalam mahligai cinta yang terbina selama tujuh tahun itu.

“Tiada orang ketiga.. tiada. Apa yang terjadi, tidak perlu dikongsi. Tiada apa yang perlu diambil sebagai contoh. Let’s move on,” tulisnya.

Untuk rekod, aktres versatil itu mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin, 34 pada 18 Disember 2015 namun mengumumkan telah berpisah baru-baru ini.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom, setahun.

Sumber: Instagram Nad Zainal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Nov 2025

“Orang Tu Tengah Struggle Nak Baik Dari Stroke” – Ayda Jebat Terkilan, Tegur Netizen ‘Berusia’ Persenda Nama Bapa 

Ayda mengakui gurauan itu mengguris hatinya apatah lagi bapanya sedang bertarung untuk pulih.

Trending Tue, 10 Jul 2018

93岁生日快乐!敦马的愿望是……

首相敦马哈迪今日迎来93岁生日!即使生日,马哈迪也没放假,照常上班;而他的生日愿望是……

Featured Mon, 4 Mar 2019
Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Featured Tue, 18 Oct 2022

Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Siapa yang kata vokal Nana merudum ni?

Trending Tue, 20 Aug 2019
error: Content is protected !!