Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 28, 2025 @ 1:32pm

“Akiko Telah Pergi Meninggalkan Saya & Anak Selamanya” – Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura, telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan atau nama sebenarnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menerusi hantaran di ruangan Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Ridzuan memaklumkan bahawa isterinya telah pergi buat selama-lamanya, meninggalkannya serta anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura.

“Al-Fatihah buat arwah isteri saya, Akiko. Dia telah pergi meninggalkan saya dan anak selamanya,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ridzuan tidak berkongsi lanjut mengenai punca pemergian isterinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RidzOkumura Salon (@ridzokumura)

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut dan rakan selebriti tampil membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah serta mendoakan agar Ridzuan dan anak lelaki tunggalnya itu diberikan kekuatan.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko, seorang wanita asal Jepun, pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura, yang kini berusia 13 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Kayda Aziz Insists She Doesn’t Use Parents’ Names to Achieve Success

“I don’t ride on my parents’ fame…”

Trending Fri, 16 Oct 2020

Agong Titah Masjid Seluruh Negara Buat Solat Hajat, Doa Selamat

Semoga Malaysia dijauhkan dari Covid-19

Hiburan Sat, 24 Jan 2026

“Kami Sedia Disaman, Dipenjara Sekalipun” – Puteri Balqis Tegas Pertahan Kenyataan

Aqish turut mendedahkan pihaknya bersedia untuk berkongsi bukti-bukti membabitkan isu tersebut

Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Tamparan Wanita Kembali! Elite Rai 30 Tahun Dalam Konsert Sulung ‘Elite Live ’25 September Ini

Tiket konsert ELITE LIVE 25 akan mula dijual pada Khamis, 26 Jun!

Featured Fri, 10 Apr 2026

Dipanggil ‘Macam Penagih’ Gara-Gara Badan Makin Kurus, Andi Bernadee Tampil Perjelas Keadaan – “Saya Dalam Proses Healing”

Kemunculan penyanyi Andi Bernadee menerusi lagu baharunya berjudul, ‘Aku Nak Kahwin’ menyorot perhatian ramai pihak selepas terkejut melihat susuk badannya yang kelihatan semakin kurus.

Hiburan Sun, 18 Feb 2024
error: Content is protected !!