Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 3, 2025 @ 2:24pm

Prince Syed Dakwa Dihentak Topi Keledar, Nafi Bawa ‘Lari’ Fatin – “Isteri Saya Sendiri Tak Nak Jumpa Keluarga Dia”

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Prince Syed, berdepan detik cemas apabila mendakwa dirinya diserang empat individu hingga cedera di tangan dan wajah, petang semalam.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang, ketika Prince Syed dikatakan diserbu kumpulan berkenaan yang dikenali olehnya.

“Mereka hentak kepala saya guna topi keledar, tumbuk muka berkali-kali dan cakar tangan sampai berdarah. Malah, cermin kereta Proton X70 saya pun dipecahkan,” katanya.

Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, mendakwa serangan itu berpunca daripada salah faham apabila pihak terbabit menuduhnya mengongkong dan menghalang isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 27, daripada berjumpa mereka.

“Hakikatnya, isteri saya sendiri tak mahu berjumpa mereka atas sebab tertentu. Saya cuma buat laporan polis untuk keselamatan diri dan keluarga sebab bimbang mereka akan bertindak lebih agresif,” ujarnya.

Syed turut mendedahkan telah membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh sehari sebelum kejadian, selepas mendakwa kumpulan sama menekan dirinya supaya berpisah dengan isteri serta menyerahkan dua anak mereka yang masing-masing berusia dua dan enam tahun.

“Saya tak nampak sebab untuk berpisah. Sebagai suami, tanggungjawab saya ialah pertahankan perkahwinan ini sampai ke hujung nyawa. Rumah tangga bukan perkara main-main,” tegasnya.

Syed turut menjelaskan tindakan mereka ‘memadam’ video di TikTok bukan bermaksud ada krisis, sebaliknya mahu mencari ketenangan kerana isterinya kurang sihat dan dia sendiri ingin fokus kepada perniagaan.

“Kami cuma nak tenangkan keadaan. Tak ada apa-apa masalah pun sebenarnya,” katanya lagi.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai ibu mentua Prince Syed mendakwa menantunya itu melarikan anak dan cucu, selain menghalang mereka daripada berjumpa keluarga.

Wanita terbabit turut mendakwa Prince Syed menjadikan isterinya sebagai “tikus makmal” dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik demi tujuan promosi produk pelangsingan badan.

Kredit foto/Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Dec 2020

KWSP i-Sinar : Pertimbang Permohonan Bagi Kategori 2

Peka dengan syarat untuk memudahkan urusan…

Trending Wed, 25 Nov 2020
Featured Sat, 4 Mar 2023
Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Featured Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

TV3影片登「2018 YouTube Malaysia热门视频」冠军宝座!

如同往常,随着今年渐渐地进入尾声,现在是时候回顾定义了今年YouTube流行趋势的热门歌曲,爆红视频以及极具创意的创作者了!

error: Content is protected !!