Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain August 17, 2023 @ 1:33pm

[VIDEO] Isteri Azlan Komeng Dedah Penyondol Cuba Sihir, Runtuhkan Rumah Tangga – “Kau Hantar Video L*cah, Gambar B*gel!”

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam tampil membuat pendedahan mengenai seorang individu wanita ‘penyondol’ yang cuba meruntuhkan rumah tangganya bersama aktor itu.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Nilam menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di TikTok, baru-baru ini.

Dakwa Nilam, wanita tersebut cuba menjatuhkan rumah tangganya bersama Azlan melalui sihir dan menghantar video-video lucah bersama pelakon itu.

“Manalah maruah kau ni kan? Tak habis dengan sihir kau hantar dekat aku. Kau nampak tak jalan, kau nampak aku sihat, kau hantar screenshot bagai macam-macam dekat aku conversation antara kau dengan laki aku dulu.

“Okay fine lah, takpa. Kau cakap macam-macam, cakap laki aku nak bunuh aku lah, dia yang hantar sihir kat aku lah. Tak cukup, kau nampak aku tenang, relax, sentiasa berkasih sayang dengan laki aku, hari ni kau hantar video kau dengan Komeng,” katanya.

Kekal mempertahankan posisinya sebagai isteri, Nilam bagaimana pun menyatakan dirinya tidak tergugat dengan setiap hantaran yang dikongsikan oleh individu tersebut.

Malah, isteri pelakon filem Remp-It itu turut mempersoalkan semula nilai harga diri wanita yang cuba meruntuhkan bahtera yang telah dibina bersama Azlan.

“Ala dik, benda lepas. Siapa yang tak buat dosa? Semua orang buat dosa. Aku paling malu adalah kau tu perempuan. Serious aku tak habis fikir perempuan macam kau boleh hantar video yang korang berz*na pada isteri dia dengan harapan aku bergaduh dengan laki aku.

“Yang murahnya kau, yang mudahnya kau. Kenapa berkait dengan aku? Aku tak faham apa yang kau nak dari aku ni? Kau hantar video lucah kau dengan Azlan Komeng, screenshot, voice record dekat aku untuk apa? Untuk aku menilai bahawasanya murahnya kau?

“Tulah dik, bila lelaki itu tak nak menikahi kau sekadar pelepas nafsu, kau marah pastu serang bini dengan harapan aku melantun. Taklah, sebab kisah tu kisah silam,” jelasnya.

Enggan mengenang kisah lama suaminya itu, Nilam memohon agar individu terbabit berhenti menghantar mesej-mesej lucah dan tidak mengganggunya lagi.

“Tapi pelik kenapa kau hantar aku gambar bogel kau, gambar menjijikan. Aku tengok pun kena samak mata. Cukup eh, aku malas benda ni dah mengarut. Jangan, takpayah hantar apa-apa dekat aku sebab aku tetap santai di posisi aku.

“Kisah lepas Azlan Komeng aku tak hirau, tak heran, aku tak mahu campur, aku tak mahu tahu. Setiap orang ada kisah silam, sekarang ni aku nak berjalan dengan dia. Janganlah campur, sudah-sudahlah.

“Kau relax kat tepi, jadi penonton je sekarang. Sebab aku sekarang ni pemain, kau dah habis tempohnya dah. Tolong ke tepi, tolong buka laluan pada yang halal nak lalu.

“Kau haram, tolong faham bahawasanya kau ni abi-abi, sudah-sudahlah ya. Tak payahlah penatlah. Aku letih nak tengok video yang kau hantar,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 2 Nov 2019

SYOKSYOK RIUH Invites You to Appreciate Arts and Cultures This Weekend!

Celebrate life with friends, family and food with plenty of festive flavours.

Events Fri, 25 Apr 2025
Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Hiburan Sat, 7 Dec 2019

Rupanya Isa Khan Lamar Risteena November Lepas…Tahniah!

Terjawab sudah, tahniah Isa & Risteena!

Hiburan Sun, 29 Dec 2019
Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Seloka Hari Raya’ Bentuk Avatar 3D Himpun Artis Naungan Warner Music Malaysia

Antara yang terlibat dalam pembikinannya terdiri daripada Ajak, Alyah, Amir Hasan, Andi Bernadee, Awi Rafael, Bunga, Ezlynn, Kaka Azraff, Kucaimars, Layla, Pasya dan Yasin.

error: Content is protected !!