Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 25, 2025 @ 11:06am

Rossa Bikin ‘Comeback’! Konsert ‘Here I Am’ Gegar Axiata Arena 14 Jun Ini

Ratu Pop Indonesia, Datuk Seri Rossa, akhirnya kembali memukau peminat Malaysia menerusi konsert terbarunya, ‘HERE I AM’ yang bakal berlangsung 14 Jun ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Selepas kejayaan jelajah antarabangsa iaitu ‘Rossa 25 Shining Years’ (2022) dan ‘Another Journey: The Beginning’ (2023) dengan lebih 80,000 penonton, Rossa kini tampil dengan sesuatu yang lebih segar, penuh kejutan dan kolaborasi luar biasa bersama empat penyanyi hebat tanah air dan Indonesia.

“Tajuk Here I Am menggambarkan perjalanan dan pencapaian saya sepanjang kerjaya. Ia adalah refleksi siapa diri saya hari ini, termasuk album, lagu hits, penghargaan serta konsert yang pernah saya jayakan,” katanya.

Konsert dengan Misi Amal

Dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production, konsert ini turut mendapat kerjasama promosi dan pemasaran daripada Sah Entertainment, serta sokongan Usanita Entertainment sebagai penaja utama. Manakala,  Maybank tampil sebagai Rakan Strategik Perbankan, Sunway Putra Hotel sebagai Rakan Strategik Penginapan dan Saloma Kuala Lumpur sebagai penaja bersama.

“Konsert Here I Am akan mengetengahkan konsep yang segar, kreatif dan berbeza daripada konsert-konsert saya sebelum ini. Ia akan dipenuhi dengan kolaborasi istimewa dan kejutan buat peminat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin, menyifatkan penganjuran konsert ini sebagai kesinambungan kerjasama kebajikan antara pihaknya dan Rossa sejak tahun 2012.

“Konsert ini bukan sahaja bersifat hiburan, malah membawa misi amal. Sebahagian hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Tabung Kasih Prihatin, khusus untuk pendidikan dan kebajikan,” ulasnya.

Pihak PRIHATIN turut mengalu-alukan penyertaan korporat dan individu untuk menyumbang melalui pembelian tiket kategori Royale, First Class dan Executive, dalam semangat “Berhibur Sambil Beramal”.

Untuk makluman, harga tiket konsert Here I Am bermula dari RM228 (Festival) hingga RM788 (Diamond Center), tidak termasuk cukai dan yuran pentadbiran. Pemegang kad Maybank layak mendapat diskaun 8% (kad kredit) dan 5% (kad debit).

Dan, tiket boleh didapati melalui laman web rasmi www.ticket2u.com

Untuk pembelian tiket korporat, sila hubungi Puan Cik Rohaiza di talian 019-288 9764 atau emel [email protected].

Sekadar info, selain Malaysia, konsert Here I Am juga akan diadakan di Indonesia dan Singapura, dengan lokasi Malaysia di Axiata Arena pada 14 Jun 2025, manakala konsert di Singapura dijangka berlangsung pada penghujung tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Dec 2025

“Alhamdulillah, Usia 47 Tahun Baru Pertama Kali Sampai Ke Sana” – Rezeki Lepas Pulang Umrah, Datuk Red Tak Menang Tangan Layan Peminat

“Saya dah simpan hasrat, saya mahu berjanji pada diri, balik nanti saya akan selesaikan apa yang sepatutnya saya selesaikan” – Datuk Red

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Johnny Depp Saman Bekas Isteri 50 Juta Kerana Kes Dera

Pelakon Hollywood terkenal Johnny Depp hari ini mengeluarkan  saman kepada bekas isterinya yang juga pelakon Aquaman iaitu Amber Heard berhubung kes penderaan yang melibatkan dirinya.

Featured Mon, 24 Nov 2025

Suasana Pentas Konsert GenKRU The Finale Bertukar Pilu, Norman Dedah Bapa Dalam Keadaan Kritikal

Norman memaklumkan, sekitar tiga minggu lepas, bapa mereka, Abdul Halim Kamal, 84, terpaksa dimasukkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Contest Wed, 15 Jan 2020

#XtraGiveaway: WIN 40 Free Tickets To Watch This Special Show Performances At Sunway Lagoon

Enter now and celebrate your CNY with the most amazing performances at Sunway Lagoon!

Hiburan Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Kena Kecam Netizen? Saya Tak Kisah’- Reen Rahim

Pelakon yang terkenal dengan watak Kak Su dalam Pujaan Hati Kanda ini memberitahu lebih selesa menjadi diri sendiri. 

Trending Sat, 19 Jun 2021

Lagi Bantuan Tambahan Dalam Masa Terdekat – Tengku Zafrul

Lebih banyak bantuan disediakan kerajaan

error: Content is protected !!