Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 2, 2023 @ 10:00pm

Video Erra Fazira Menangis Kongsi Perasaan Hilang Hak Penjagaan Anak Kembali Tular – “Seandainya Semua Kesalahan Perlu Jatuh Pada Saya…”

Baru-baru ini, nama primadona negara, Erra Fazira hangat menjadi sebutan di platform media sosial selepas tular sebuah video ketika di sebuah acara.

Video tersebut memaparkan ratu cantik ini menangis teresak-esak ketika menceritakan pengalamannya berdepan kehilangan hak penjagaan anak ketika bercerai bersama bekas suami, Engku Emran.

Menerusi video tersebut, pada ketika itu Erra hanya memikirkan kebahagiaan semua pihak, terutamanya anaknya jadi sebab itu dia menerima segala ujian dan reda meskipun segala kesalahan diletakkan di atas bahunya.

“Bukan mudah untuk melepaskan custody (hak penjagaan anak). Seperti yang semua sedia maklum, custody kebanyakannya milik ibu. Tapi saya ada sebab dan alasan saya, pengalaman saya.

“Tak guna kalau dua-dua berkeras, degil kerana akan ada seorang yang menjadi mangsa.

“Maka saya memilih meskipun saya perlu berkorban, saya akan berkorban untuk anak saya.

“Saya tak suka bergaduh, saya tak suka menunding jari. Seandainya semua kesalahan itu harus jatuh ketangan saya, bahu saya, saya sedia terima. Itu adalah pendirian saya, asalkan semua orang bahagia,” tuturnya sebak.

Sementara itu, Erra berkata keadaan dirinya teruk sehingga tidak mampu keluar rumah selama seminggu.

“Jadi saya pun cuba hadapi sesuatu perkara yang bukan mudah. Seminggu saya di rumah, untuk menerima hakikat itu bukan mudah.

“Saya sampai tak nak keluar rumah, saya berbicara dengan Allah untuk beri kekuatan dan adakah ini yang terbaik.

“Dan dalam masa seminggu tu saya dapat jawapannya, kekuatan itu datang. Saya lakukan perkara tersebut untuk kebahagiaan anak saya, keluarga saya dan banyak hati saya perlu jaga,” ujarnya lagi.

Erra Fazira

Menceritakan keadaan puterinya, Engku Aleesya pada ketika itu dia meluahkan rasa pelik mengapa perlu berpisah dengan ibunya.

“Ketika itu usia Aleesya tiga tahun, dia tanya saya kenapa dah tak balik rumah… kenapa dia kena berada di rumah sana lebih lama…

“Kadang kala nak berpisah tu dia menangis sebab tak cukup saya bersama saya, dan saya pun tidak cukup masa bersama anak..tapi saya menjelaskan perkara tu dengan cara dewasa.

“Saya kata, Aleesya tahan untuk sementara waktu ini saja, kita doa suatu hari nanti akan bersatu semula, lembut hati semua orang tak ada perbalahan,” katanya lagi.

@fasha_ariana_official

erra fazira ❤️❤️❤️ #onthisday #errafazira #throwbackcontent #fyp #KitaCreators #KelasTikTok #sembangentertainment #musicontrend

♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official

Berdasarkan ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet sebak melihat luahan hati aktres Sembilu itu.

Rata-raya warganet juga memuji Erra seorang insan yang sangat kuat menghadapi segala ujian, terutamanya terpaksa berpisah dengan anak tersayang, Aleesya.

Sekadar info, Aleesya merupakan anak hasil perkongsian hidup Erra bersama Engku Emran yang berkahwin pada 25 Oktober 2007.

Pasangan itu bercerai pada Februari 2014 dan Engku mendapat hak penjagaan anak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 May 2018

偶遇Baby一家3口「真实未P身材」网友认输了

Angelababy和黄晓明结婚即将满3年,2人的儿子「小海绵」现在已经满1岁,正值成长的黄金阶段,夫妻俩虽然工作忙碌,但只要一有时间就会带着孩子出游,近日被目击一家三口同游香港迪士尼,网友爆料未修图的身材「腿真的很细」。

Featured Wed, 5 Mar 2025

“Tak Layak Digelar Bapa, Tapi ‘Ta*k’!”- Kongsi Pautan Gagal Bayar Nafkah, Rita Rudaini Sindir Siapa?

Ritab erkongsi hantaran mengenai kegagalan menunaikan nafkah yang juga dikira sebagai hutang.

Featured Wed, 19 Jun 2024

Video Shopping Abaya Tular, Netizen Siap Komen Baby Bump Siti Hajaar Dah Makin Besar?

Wal, tahniah! Patut Hajaar makin comel dan berseri-seri❤️🥰

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Featured Wed, 28 Jun 2023
Hiburan Mon, 18 Aug 2025
Hiburan Wed, 10 Jul 2019
Featured Wed, 14 Aug 2024

Foto Mesra Berpelukan Pelakon Lelaki Popular Tular, Siap Hantar Mesej ‘I Miss You’, ‘Baby’… Individu Wanita Dakwa Kena Tipu?

Siapakah agaknya gerangan pelakon lelaki popular yang namanya semakin meningkat naik tu👀🧐

error: Content is protected !!