Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 3, 2025 @ 5:25pm

[VIDEO] “Kena Psiko Diri Sendiri, Ingat Yang Kematian Boleh Datang Bila-Bila Masa” – Betty Rahmad Kongsi Tips Kekal Istiqamah

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengakui tidak mudah ‘melawan’ diri daripada hasutan syaitan untuk berpaling daripada istaqamah dalam menunaikan ibadah.

Menerusi sebuah video temu bual bersama stesen televisyen, Betty berkata setiap manusia perlu berusaha sehingga satu tahap terpaksa ‘psiko’ diri sendiri dengan mengingatkan tentang kematian yang boleh datang pada bila-bila masa.

“Kalau kita nak berhijrah, kekal istaqamah, kena usaha… kita tak boleh terlalu selesa hari ini dah pakai tudung, dah beriman tak perlu pergi belajar, baca Al-Quran, tak perlu tambah ilmu.. tak boleh.

“Bagi saya kita kena tambah ilmu sebab perkara itu akan buat kita kembali ke pangkal jalan. Kena paksa diri dan selalu ingat yang kita ni boleh mati pada bila-bila masa.

“Kita kena psiko diri sendiri, kena lawan syaitan yang menghasut.. itu cara saya, perlu ada kawan sekeliling yang betul itu pun penting juga,” katanya.

Dalam pada itu, Betty turut berkata antara perkara lain yang utama dalam kekal istaqamah adalah dengan menjaga orang sekeliling.

“Saya tak tinggalkan kawan-kawan yang belum berhijrah atau apa, tetapi saya ada limit dari segi masa, kebanyakannya saya memang luangkan hari dengan keluara. Saya memang akan jaga orang sekeliling,” tambahnya.

@assalamualaikum.tvah

Hijrah terbesar bermula daripada Diri Sendiri. Semoga Allah beri kekuatan pada setiap daripada kita hambaNya untuk terus berubah kearah kebaikan Insya Allah🌹✨ Mari dengarkan perkongsian hijrah istimewa daripada @Betty Rahmad | Sambal Queen hanya dalam Assalamualaikum TV Alhijrah! #tvalhijrah114 #assalamualaikum #assalamualaikumtvalhijrah #satukanummahdenganilmu #hijrahituperjuangan

♬ original sound – Assalamualaikum.tvah – Assalamualaikum.tvah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Artis Sertai Majlis Ilmu Dikritik, Betty Rahmad Tegur Netizen – “Hargai Usaha Mereka Untuk Belajar Agama” 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Alasan Dipecat Tak Munasabah, Bekas PA Jutawan Kosmetik Terkejut

Ahmaq Iqbal menerima surat dipecat serta-merta atas alasan gagal mengikuti skop kerja yang telah diberikan kepadanya sepanjang berkhidmat di Wisma Vida Beauty Sdn. Bhd.

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Kekuatan Jantung Tinggal 26 Peratus Sahaja, Ebby Yus Kena Cari RM38,000 Tanggung Kos Pasang Bateri Pada Jantung

Semoga ada pihak sudi hulurkan sumbangan kepada Ebby Yus dan harap segala urusan dipermudahkan.

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Tue, 14 Jan 2025

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Manis, 40 Tahun Pasang ‘Impian’ Miliki Motor Berkuasa Besar

Sharnaaz kini berjaya memiliki moto berkuasa besar jenis CVO Road Glide ST.

Featured Tue, 28 Jun 2022

Sering Dijodohkan, Shuib Akui Masih Belum Bersedia – “Zara Zya Manis Orangnya…”

Kalau ada jodoh tak kemana kan? Tapi hormatlah perasaan Shuib juga yang kehilangan isteri tercinta 😌

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Vivy Yusof Kecewa Ramai Sarung Tudung Jenama Tiruan?

Nampaknya isu penggunaan barang tiruan terus hangat diperkatakan di laman sosial. Persoalannya, adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas, tepuk dada tanya selera okay?

Hiburan Mon, 31 Dec 2018

Kaka Azraff Bakal Jadi Ibu?

Apabila dia melihat saya sering memberi alasan, dia pergi ke kedai farmasi berhampiran dan membeli alat ujian kehamilan…

error: Content is protected !!