Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 13, 2025 @ 5:59pm

“Saya Rasa Siapa Yang Pernah Mandikan Jenazah Akan Takut Dengan Kehidupan Di Dunia Ni” – Elfira Loy

“Pergi ambil kelas, belajar dan kalau ada peluang larilah, berebutlah nak mandikan jenazah ni. Ia akan menjadi ‘turn over’ in your life”.

Demikian perkongsian pelakon, Elfira Loy ketika bercerita mengenai pengalamannya sebelum ini apabila menghadiri kelas pengurusan jenazah.

Kata Elfira menerusi temu bual podcast Sembang Seram, dia menyeru orang ramai untuk mencari peluang dan belajar memandikan jenazah.

Ini kerana, selain berlumba meraih pahala, pengalaman mengurus dan ‘menjadi’ jenazah adalah pengalaman yang paling bermakna.

“Belajar mandikan jenazah. Saya pernah sekali belajar dan menjadi ‘jenazah’ dan saya cuba buat benda tu Subhanallah, saya rasa siapa yang pernah mandikan jenazah akan takut dengan kehidupan di dunia ni.

“Tapi try lah… Baru saya tahu kenapa orang yang mandi jenazah ni pahala dia sebesar Gunung Uhud,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Momen Hadiri Kursus Pengurusan Jenazah, Elfira Loy Syukur Diberi Kesedaran… Netizen Komen: “Ilmu Macam Ni Lah Kita Kena Cari”

 

Mengulas lanjut, Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata, terlibat dalam kelas pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh pihak Qalby App sebelum ini memberi keinsafan bukan sahaja buat dirinya tetapi juga pengikutnya.

Jelasnya, memandikan jenazah membuka minda setiap individu tentang bagaimana sebenarnya kehidupan kita di dunia ini.

“Sebab sangat-sangat susah, rasa tu sangat ketat lah dekat dada dan anda akan tahu nak pilih cara mati macam mana. Maksudnya, bila mati nanti anda nak mati dalam keadaan yang macam mana.

“Sebab bila anda mati, anda dah tak boleh buat apa-apa. Orang yang akan bersihkan awak. Dan macam mana bersihkan awak it reflect on macam mana anda hidup di dunia.

“Bersih awak macam mana, amalam awak macam mana, semua benda tu akan terpancar semasa anda mati. Tapi masa tu awak dah tak boleh buat apa-apa. You just boleh tengok dan boleh rasa sahaja macam mana orang uruskan ‘jenazah’ awak.

“Jadi, saya nak orang semua pergi ambil kelas, belajar dan kalau ada peluang larilah, berebutlah nak mandikan jenazah ni. Ia akan menjadi ‘turn over’ in your life dan saya tak rasa semua orang berani buat benda tu. Tapi kena.

“Jadi itu sahaja, kalau ada nasihat ataupun apa benda maybe anda semua boleh take as consideration. Belajar mandikan jenazah. Ada mak, ada ayah, siapa nak mandikan kalau bukan anak-anak. Ada sahaja orang yang tak berani turun liang lahad nak turunkan. Saya pernah tengok benda tu.

“Tapi itu sahaja memadnangkan pengakhiran kita pun mati kan? Orang yang baik, orang yang sentiasa mengingat kematian hari-hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Studio Radio Baharu Media Prima Audio Diperkasa Teknologi EV Sun & Metaspace

Media prima audio guna teknologi AI secara menyeluruh

Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Kontroversi Alasan Nama Suhaimi Saad Digugurkan Buat Persembahan?

Akui SS, Sabar dan Reda adalah kemenangan terbesar…

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Seram Beb! SANTET: Black Magic Bukan Hiburan Semata-Mata

Bukan sekadar hiburan semata, Santet membawa banyak pengajaran di mana ia merupakan kisah benar yang pernah berlaku di alam nyata.

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Featured Thu, 9 Jun 2022
Cahaya Mata Sat, 14 Jan 2023

Lucu! Gelagat Ain Edruce Marah Soraya Buat Netizen Ketawa – “Masuk Balik Dalam Perut!”

Pelakon dan pengacara Ain Edruce sering berkongsi momen bersama anak sulungnya, Soraya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang memaparkan pengacara itu sedang menyoal anak perempuan itu sama ada dia menyayangi Ain atau bapanya, Amirul Hafiz. […]

Featured Thu, 28 Dec 2023
Featured Thu, 22 Aug 2019

Kebakaran hutan Amazon semakin teruk! Anda boleh bantu dengan 5 cara ini

Walaupun ia tak berlaku di Malaysia, ini tetap Bumi kita.

error: Content is protected !!