Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 14, 2025 @ 4:57pm

Studio Radio Baharu Media Prima Audio Diperkasa Teknologi EV Sun & Metaspace

Media Prima Audio (MPA), yang mengendalikan lima stesen radio utama iaitu Hot FM, Fly FM, Kool 101, Molek FM, dan Eight FM, kini melangkah ke era baharu penyiaran dengan pelancaran studio serba canggih yang dilengkapi teknologi terkini.

Pelancaran rasmi studio baharu di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, yang bersempena dengan sambutan Hari Radio Sedunia 2025, menjadi pencetus revolusi dalam dunia penyiaran tempatan.

Dengan gabungan inovasi teknologi moden, MPA terus komited dalam memperkukuh kecemerlangan penyiaran serta kelestarian industri bagi menawarkan pengalaman radio, penstriman, dan media digital yang lebih interaktif kepada pendengar di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran, pihaknya bekerjasama dengan Metaspace, penyedia kandungan berasaskan kecerdasan buatan (AI), serta EV SUN, syarikat pengeluar pencahayaan pintar yang digunakan dalam studio penyiaran radio mereka.

“Keutamaan kami adalah mewujudkan studio yang moden tetapi minimalis dengan penggunaan teknologi AI. Kerjasama bersama Metaspace, sebuah syarikat teknologi dari China, membolehkan kami memanfaatkan pelbagai aplikasi AI yang sejajar dengan visi MPA.

“Selain itu, EV SUN juga memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan dan kesihatan. Teknologi inovatif mereka bukan sahaja menyediakan pencahayaan pintar tetapi juga mampu melindungi studio daripada bakteria dan kulat,” katanya.

Selain memperkukuh aspek kebersihan dan kesihatan, teknologi EV SUN turut membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat bagi penyiar dan tetamu. Pada masa yang sama, ia turut mengurangkan penggunaan tenaga, seiring dengan komitmen Media Prima Berhad terhadap kelestarian alam sekitar (ESG).

Sementara itu, Metaspace menawarkan teknologi kecerdasan buatan yang mampu mengintegrasikan pengacara maya, produksi rancangan imersif, serta kandungan yang dijana AI (AI-Generated Content, AIGC), menjadikan penyiaran lebih dinamik dan interaktif.

Sebagai peneraju dalam pembangunan AI digital humans, penyiaran realiti terimbuh (XR/MR), serta kandungan interaktif, Metaspace membawa dimensi baharu dalam dunia media tempatan, termasuk memperkenalkan teknologi AI-powered storytelling di Malaysia.

Majlis pelancaran ini turut disusuli dengan sesi lawatan eksklusif ke studio, di mana tetamu berpeluang merasai sendiri pengalaman teknologi penyiaran generasi baharu yang diperkenalkan oleh MPA.

Hadir sama dalam majlis pelancaran serta sesi menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Metaspace dan EV SUN ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif EV SUN, Nelson Lim; Ketua Pegawai Operasi Metaspace, Sharon Lim; Ketua Pegawai Strategi Metaspace, Leo Li Yu; serta Ketua Pegawai Eksekutif EN Distribution Sdn Bhd, Adrian Peh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

A Pediatric And Neonatology Expert Confirmed Puteri Balqis Is Not Diagnosed With Cancer

Let’s us all pray for our talented star a pink of health.

Featured Sat, 31 Dec 2022

Maryam Durian Kimchi Menari Bersama Nenek, Netizen Tertarik Foto Makkah Di Dinding – “Legend Betul Frame Gambar Tu”

Pempengaruh Maryam Younarae yang terkenal dengan telatah lucunya menari bersama nenek semasa di Korea sebelum pulang ke Malaysia. @uyounikBefore go back to Malaysia buat memories dengan nenek❤️♬ original sound – eric4fuksakes Menerusi hantaran di laman […]

Hiburan Tue, 3 Oct 2023
Featured Mon, 17 May 2021

Hanya Vaksin Pfizer- BioNTech Sesuai Untuk Ibu Hamil

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,hanya vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung. Beliau memberitahu, vaksin akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu. Pengesyoran itu katanya adalah berdasarkan […]

Trending Mon, 5 Apr 2021

“Beri Saya Ruang…” – Neelofa Respons Dakwaan Kahwin Langgar SOP & Berbulan Madu Di Langkawi

Pengacara dan usawahan popular, Neelofa menjawab dakwaan yang mengatakan dia dan suami, pendakwah selebriti, Haris Ismail dan PU Riz melanggar prosedur operasi standard (SOP). Majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, […]

error: Content is protected !!