Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 10, 2022 @ 7:04pm

[VIDEO] Mimpi Ngeri Si Raja Sehari, Order Makan 700 Pax Yang Sampai Kurang 50 Pax…” – Netizen Sedih Tengok Pengantin Menangis, Minta Katering Jangan Aniaya Pelanggan

Pastinya setiap orang mahukan perjalanan dan urusan perkahwinan dipermudahkan walaupun perkara tersebut melibatkan hal-hal kecil.

Namun, lain pula ceritanya buat individu yang dikenali sebagai @nurulnorafiza apabila hari bahagianya yang berlangsung pada 4 Jun 2022 lalu bertukar menjadi tragedi paling sedih buat dia dan keluarga.

Menurutnya, apa yang paling mengecewakan adalah tempahan katering yang sepatutnya dibuat untuk 700 tetamu bertukar menjadi 50 pax sahaja dan ini sekaligus menimbulkan kekecohan dan huru hara pada hari tersebut.

Tambahnya lagi, selain pihak katering gagal menghantar makanan yang mencukupi, tempahan kek dan pengacara majlis juga tidak kelihatan sekaligus menjadikan majlis perkahwinannya sunyi sepi.

 

Melihat kepada kejadian ini, terdapat segelintir netizen yang tampil dan mengaku turut ditipu oleh pengusaha katering dan pengusaha majlis perkahwinan tersebut.

Bukan itu sahaja, duit deposit yang dibayar pelanggan untuk tempahan baju berjumlah RM2,000 juga lesap begitu sahaja.

Justeru itu, ramai warganet bersimpati dengan nasib Norafiza apatah lagi melihat raja hari itu menangis teresak-esak dihari bahagianya.

Bagaimanapun, pengusaha katering tersebut difahamkan telah diberkas oleh pihak polis susulan menerima banyak laporan mengenai penipuan pakej perkahwinan serendah RM8 sekepala itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis telah menahan suspek berusia 50 tahun di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kira-kira pukul 5 petang pada Rabu.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman memaklumkan pihak polis telah menerima 10 laporan polis membabitkan pengusaha katering yang sama dengan kerugian sebanyak RM53,380.

@nurulnorafizaHari yang paling takkan lupa dan paling pahit untuk saya😌🥲😭

♬ Cinta Sampai Mati – Kangen Band

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

familuv Thu, 13 Sep 2018

Pelajari Teknik DIY Untuk Buat Mainan Ulat Bulu Yang Boleh Bergerak, Guna Straw Saja!

Gunakan aktiviti ini untuk “bond” dengan anak anda.

Trending Tue, 21 Jul 2020
Trending Tue, 13 Jul 2021
Events Sat, 31 Mar 2018

Hrithik Roshan Rujuk Bekas Isteri?

Pasangan Hrithik dan bekas isterinya, Sussanne sering berhubung demi  menjaga kebahagian anak mereka malah selalu juga bercuti bersama ke luar negara.

Featured Mon, 2 Mar 2026

“Negara Ini Ditadbir Undang-Undang Bukan Emosi & Spekulasi” – PM Tegas Ulas Isu Insiden Individu Pijak Al-Quran

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak boleh bertindak berdasarkan kemarahan terutama dalam menangani isu sensitif membabitkan penghinaan agama

error: Content is protected !!