Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 25, 2023 @ 6:30pm

“Lagi Banyak Komen Pedas, Lagi Viral?” – Aubrey Suwito Beri Teguran

Pengarah muzik dan penerbit, Aubrey Suwito memberi komen mengenai isu kritikan juri program realiti yang hangat diperkatakan.

Menurut Aubrey, ada cara lain yang lebih tegas dan elok untuk menegur seseorang artis.

Malah, dia yang sering berkerjasama dengan artis ternama tanah air  seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Ernie Zakri dan Dayang Nurfaizah menganggap penyanyi seharusnya diberi ruang untuk membina identiti dan bakat mengikut kapasiti sendiri.

“Secara peribadi, saya rasa ‘on air humiliation’ perlu dihentikan. Nak marah, pergi ke bilik persalinan dia selepas habis persembahan.

“Kepada semua artis yang pernah dikritik di kaca televisyen, tabahlah! Terus menjadi diri sendiri. Berusaha perbaiki diri tetapi kekal dengan kekuatan dan gaya muzik anda,” tulisnya.

Perkara itu dikongsi Aubrey menerusi hantaran di akaun Facebook dan Twitter miliknya.

Tambah Aubrey, tidak semua artis di Malaysia mampu membawakan genre muzik secara versatile.

“Malaysian TV Hiburan does it again. Semuanya tentang ‘drama’ bukan? Lagi banyak komen pedas, lagi bagus. Panas! Viral! Sudah jadi isu. Malah, nampaknya, penonton juga suka dengan perkara begitu. Ini pandangan saya dari sudut muzikal.

“Contohnya, muzik keroncong perlukan vokal yang lembut, kena tahu lenggok dan dinyanyikan dengan gaya yang tenang. Muzik rock pula perlukan vokal yang keras, tidak berlenggok dan perlu dinyanyikan dengan gaya ‘menyerang’. Nampak tak perbezaanya?

“Tentu, ada segelintir artis boleh bawa pelbagai genre, tetapi adakah itu yang kita semua mahukan? Adakah ia penting sangat? Adakah kita suka Anuar Zain atau Datuk Sheila Majid kerana mereka itu versatil?

“Kalaulah kumpulan Blackpink itu ada di sini, agaknya kita pun jangkakan mereka bawakan lagu asli satu hari nanti. Kelakar tak?

“Ingat bekas pemenang American Idol, Adam Lambert? Apa-apa lagu pun, dia buat dengan caranya sendiri. Itulah muzik, itulah pembangunan artistik,” katanya.

Terdahulu, kontroversi tercetus susulan penyanyi Sissy Imann dan Naim Daniel diberikan teguran oleh juri, Mas Idayu kerana gagal menyanyikan lagu Jampi dalam versi Keroncong pada program Famili Duo baru-baru ini.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, rancangan Famili Duo membariskan  tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Mar 2018

Suka Makan Kimchi? Jom Cuba Buat Kimchi Sendiri Dengan Cara Mudah Ini!

Kimchi merupakan salah satu daripada makanan sampingan (side dish) Korea yang paling popular selain lobak, taugeh dan bayam.

Featured Mon, 28 Apr 2025

Reaksi Ibu Fattah Pegang Tangan Amira Othman Raih Perhatian, Netizen Luah Rasa Teruja: “Bakal Menantu Kesayangan!”

Meskipun, tiada sebarang pengesahan rasmi tentang status sebenar hubungan mereka, namun peminat tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

Featured Fri, 19 Aug 2022

Pelakon Lelaki Meningkat Naik Didakwa ‘Kaki Perempuan’ & Dadah, Terlibat Jenayah Rog*l Gadis Bawah Umur?

Mak aii semua jenayah berat dia tapau eh 👀 Siapa eh agak-agak pelakon lelaki tu? 🤔

Hiburan Mon, 16 Dec 2019
Hiburan Mon, 11 Nov 2019
Featured Wed, 11 Sep 2019

Tak selesa kembung perut? Legakannya dengan tujuh makanan lazat ini!

Kalau tiada ubat, inilah makanan alternatifnya!

Featured Thu, 9 Oct 2025

Hazwani Helmi Titip Pesanan Sukarelawan GSF Luar Negara Buat Rakyat Malaysia – “Ini Hanyalah Permulaan”

Hazwani Helmi tampil menyampaikan pesanan rakan-rakannya dari pelbagai negara buat rakyat Malaysia.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Malaysia Tiada Dalam Senarai Siri Jelajah Konsert Backstreet Boys?

Macam-macam artis antarabangsa yang datang buat konsert kat Malaysia, tapi kenapa tidak BSB?

Trending Sat, 10 Jul 2021

Tiup Semangat Melawan Pandemik Covid-19, Mafidz Tampil Dengan Hujan Pasti Berhenti

Kumpulan Mafidz yang dianggotai oleh tiga beradik kini tampil dengan single terbaru berjudul Hujan Pasti Berhenti. Hujan Pasti Berhenti merupakan sebuah lagu untuk meniup semangat rakyat Malaysia bagi kekal bertahan di era pandemik ini. Hujan […]

Trending Thu, 5 Nov 2020
error: Content is protected !!