Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 11, 2019 @ 2:06pm

‘Dia Okay Lepas Jumpa Anak’- Ibu Aliff Aziz

Susulan video viral penyanyi Aliff Aziz yang ditangkap pihak Polis Singapura semalam, ibunya, S Hafiza Basharahil tampil membuat penjelasan menerusi Instagram miliknya.

Dalam video berdurasi pendek itu, dia meminta agar netizen tidak terus menghukum kejadian yang menimpa Aliff.

“Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okey. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik.

“Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu,” katanya.

Aliff ditahan Polis kerana didakwa mengganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk semalam dipercayai sudah dibebaskan.

Menerusi video berkenaan, S Hafiza berkata, apa yang terjadi ada sebab tertentu dan hanya Allah SWT saja lebih mengetahui.

Bagaimanapun, menerusi status dimuat S Hafiza itu, tidak dinyatakan bila Aliff dibebaskan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Kayda Kongsi Pesanan Untuk Kaum Hawa Dalam ‘Macam Macam’

Buat penggemar lagu hip hop di luar sana, semoga terhibur!

Trending Hari Ini Mon, 4 May 2020
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

沙米尔等你《来爱》!首支单曲飞中国录音

李佩玲的同门师弟Meer Nash沙米尔经过筹备、培训1年后,他终于以首支单曲《来爱》正式出道!

error: Content is protected !!