Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 5, 2020 @ 5:01pm

KKM Kesan 21 Produk Makanan Harian Mengandungi Racun Berjadual

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, terdapat 21 produk makanan daripada 16 jenama yang disyaki mengandungi racun berjadual.

Produk makanan berkenaan disyaki diaduk dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone.

Senarai makanan yang dikesan mengandungi racun

Antara produk makanan yang dikesan ialah minuman kesihatan Tonik Tuan Haji 1921, California Pure, Orange+, Kopi Panggung Al Ambiak, Kopi Jantan Tradisonal jenama Natural Herbs Coffee dan Kopi Jantan Tradisional 7A.

Manakala, jenama lain adalah kopi pracampuran WM Coffee, Kopi Harimau, Kopi Mutiara, Jus Kesihatan Saidina, Miracle Energy Coffee dan Kopi Strong Man.

“Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.

Denda RM10,000 DAN Penjara 10 tahun

Mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983, individu yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang terdapat bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan dianggap sebagai suatu kesalahan.

” Pihaknya sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap empat daripada 16 pengeluar atau pengedar jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan.

” hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan yang lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap,” katanya.

Dan individu terbabit akan dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua- duanya sekali.

Malah, KKM turut memberi amaran serta melarang penjualan semua produk makanan itu dan semua peniaga termasuk peniaga atas talian menghentikan penjualan produk mereka.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Sep 2023

Nur Fazura Teruja Diberi Peluang Beri Soalan Tentang Kekuatan PM Ketika Dalam Penjara – “Keyakinan Saya Untuk Bawa Perubahan…”

“Sabar, guna kebijaksanaan, bina kekuatan, iman, kuatkan akal, jaga disiplin, baca sebanyak mungkin”. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Featured Mon, 30 Jun 2025

Kes Anak Dir*gol Depan Mata: Ibu, Kekasih Warga Emas Ditahan Polis

seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya.

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Klinik Bantu Buat Rawatan Gigi, Zahnita Wilson Menangis Kegembiraan

Zahnita Wilson menangis buat treatment gigi

Kisah Viral Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Izara Aishah Artis Kelas A! Saya Ingatkan Dia ‘Diva’, Tapi…” – Aliff Syukri

“Saya tak sangka Izara Aishah terima. Saya jangkakan dia ‘diva’, tapi…” – Aliff Syukri.

Featured Mon, 28 Aug 2023

Sophia AlBarakbah Didakwa Putus Dengan Kekasih?

Serius lah dah breakup?🤓🤓🤓

error: Content is protected !!