Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 26, 2025 @ 6:06pm

[VIDEO] Ammar Ahyan Dipuji, Tak Layan Gurauan ‘T*lur Masam’ Aliff Syukri – “Macam Tak Sesuai Tanya Abah Soalan Ni”

Anak sulung kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyan, menjadi perhatian netizen apabila sikap sopan dan matang yang ditunjukkannya tular di media sosial.

Menerusi satu video pendek yang meraih perhatian di TikTok, Aliff dilihat sedang melakukan sesi siaran langsung (live) bersama Ammar bagi tujuan promosi produk.

Namun begitu, apabila Aliff secara berseloroh mengusik anaknya dengan membuka topik hangat yang sedang tular iaitu isu ‘telur masam’ yang dikaitkan dengan usahawan kontroversi, Kieda Crepe.

Cuba mencetuskan ‘drama’ dalam live tersebut, Aliff meminta Ammar bertanyakan soalan itu kepadanya secara langsung.

Namun, reaksi Ammar nyata mencuri tumpuan apabila remaja itu dengan tenang dan penuh beradab menolak permintaan ayahnya.

“Kenapa abah tanya soalan ni? Tak nak lah abah, tak boleh. Macam tak sesuailah abah. Macam tak sesuai anak tanya abah dia soalan-soalan macam ni,” jawabnya.

Ammar turut menegur sikap segelintir pihak yang terlalu taksub dengan isu remeh, sedangkan dunia kini sedang berdepan krisis lebih besar.

“Sekarang ni dunia tengah sibuk pasal peperangan Iran, rakyat Malaysia sibuk nak tahu pasal suami telur dia masam ke tidak. Dunia tengah berperang tapi dia orang lebih kisah telur masam ke tak,” ujarnya lagi.

Tindakannya itu mendapat pujian ramai yang menyifatkan Ammar sebagai contoh anak muda yang berhemah dan tahu menjaga adab, walaupun berada dalam situasi yang mencabar.

Netizen juga tidak ketinggalan memuji kredit Aliff kerana berjaya mendidik anak dengan baik, meskipun sering sibuk dengan urusan perniagaan dan tidak terlepas daripada kontroversi.

@dherbsofficial_

Podcast suami telur masam 🤣 Korang tau tak cerita ni? HAHAHAHA #anakabah #anakmama #datoaliffsyukri

♬ original sound – Dherbs Official HQ – Dherbs Official HQ

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Menginjak Usia 50 Tahun, Fazley Yaakob Lebih Peka Jaga Kesihatan & Penampilan Demi Anak-Anak

Menurut Fazley Yaakob, usia yang semakin meningkat tidak bermakna seseorang perlu mengabaikan penampilan.

Featured Wed, 29 Mar 2023
Trending Mon, 12 Oct 2020
Featured Sun, 15 Jun 2025
Featured Mon, 2 Aug 2021

RIPPLE Kini Dikenali Media Prima Audio

Platform radio Media Prima, RIPPLE kini ditukar nama kepada Media Prima Audio atau MPA bersempena penjenamaan semulanya untuk tampil kompetitif serta hala tuju lebih strategik. Penjenamaan baharu terbabit dilakukan dalam misi menjadikan industri penyiaran radio […]

Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Tue, 26 May 2026
error: Content is protected !!