Euforia Bola 2026
Featured By: Padin June 15, 2025 @ 1:20pm

Buka Pintu Rezeki, Cara Syasya Rizal Ikhlas Berhijrah Raih Perhatian

Penghijrahan penyanyi Syasya Rizal nyata mencuri perhatian ramai dan lebih manis, ia membuka pintu rezeki apabila dia dipilih sebagai duta rasmi jenama hijab yang semakin meningkat naik, Finura.

Jenama itu mengumumkan pelantikan bekas ahli kumpulan Dolla itu sebagai wajah rasmi jenama mereka, serentak dengan pelancaran koleksi sulung kolaborasi mereka bertajuk The First Bloom yang bakal diperkenalkan secara rasmi pada 17 Jun ini menerusi siaran langsung di TikTok jam 9 malam.

Pengasasnya, Nurulain Md Yusof menyifatkan Syasya sebagai pilihan paling tepat untuk membawa jenama itu ke tahap lebih tinggi.

“Syarikat memang sedang mencari seorang duta, jadi satu hari saya terlihat video Syasya di TikTok yang mengenakan tudung bawal dan saya terus rasa dia sangat sesuai untuk menjadi duta kami.

“Jadi daripada situ saya rasa pemilihan Syasya sebagai duta adalah keputusan yang tepat dalam memberi impak positif buat kami,” katanya.

Menerusi kerjasama selama setahun, jenama tudung itu memberi kebebasan penuh kepada Syasya untuk terlibat dalam proses rekaan, daripada pemilihan warna hingga ke corak tudung.

@finura.official First Bloom is unfolding… She’s cute, classy and yes — She’s coming 👑 Teka siapa QUEEN kita? 🫧 #TheFirstBloom ♬ original sound – Finura Official

“Dalam satu tahun, jenama kami sememangnya sudah merancang untuk mengeluarkan dua koleksi baharu setiap bulan.

“Koleksi-koleksi itu kami beri kebebasan buat Syasya untuk pilih seperti warna dan corak yang dia inginkan.

“Kami berikan dia kebebasan supaya dia bebas meneroka keselesaan dalam memakai tudung dan buatkan perjalanan hijrahnya semakin baik,” ujarnya.

Nurulain turut berharap agar pelantikan Syasya tidak disalahertikan sebagai strategi semata-mata, sebaliknya menjadi motivasi buat wanita di luar sana.

“Harapan saya bukan sahaja untuk jenama ini, malah buat Syasya, saya mahu peminat melihat perubahan hijrah Syasya sebagai satu perkara positif bukan disebabkan dia berhijab dapat jadi duta.

“Syasya hijrah secara ikhlas tanpa paksaan mana-mana pihak, saya harap kehadiran dia dalam keluarga Finura dapat meningkatkan keyakinan Syasya dalam bertudung.

“Jenama kami hadir dalam pasaran untuk tingkatkan motivasi wanita bertudung iaitu dengan tampil cantik dan selesa di khalayak umum, cantik cara kita,” tambahnya.

Koleksi The First Bloom diinspirasikan daripada perjalanan hijrah Syasya yang mencerminkan kelembutan, kekuatan dan fasa pertumbuhan diri. Ia bukan sekadar himpunan tudung, tetapi simbolik kepada permulaan baru yang penuh makna.

Koleksi ini boleh didapati di laman sesawang rasmi Finura serta di TikTok Shop. Jenama ini turut menawarkan penghantaran ke Singapura dan Brunei bagi pembelian secara dalam talian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sun, 23 Sep 2018

Sapuan Losyen Boleh Cegah Kanser Kulit?

Masyarakat di negara ini kurang prihatin untuk mengoles wajah atau tubuh dengan pelindung matahari sedangkan impak pancaran UV boleh menyebabkan kanser kulit.

Hiburan Thu, 25 Apr 2019

It’s A Boy! Anzalna Nasir Bakal Lahirkan Anak Lelaki Jun Ini

Ini merupakan kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga besar Anzalna!

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Zizan Razak Janji Tak Berahsia Soal KAHWIN

Zizan yang bakal muncul dalam filem Kesempatan Keduda yang ditayangkan di Indonesia tak lama lagi memberitahu dia belum ada perancangan serius untuk majlis pernikahan.

Featured Mon, 6 Mar 2023

Marsha Milan Rancang Buat Rawatan IVF, Dilema Perlu Berehat Dari Karier Seni

Rezeki ditangan Tuhan.. Kenapa Marsha dilema tu?

Featured Tue, 26 Apr 2022

Iman Troye Dedah Teman Lelaki? Peminat Lelaki Patah Hati

Peminat lelaki patah hati dapat tahu Iman Troye sudah berpunya.

Hiburan Thu, 21 May 2026

Adam Shahz Syukur Diberi Hak Lawat, Bermalam Bersama Anak – “Akhirnya Saya Dapat Menuntut Hak Sebagai Ayah”

Adam berkata dia bersyukur apabila perjuangannya sebagai seorang bapa akhirnya mendapat perhatian dan dipermudahkan.

Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Cheryl Samad Kembali Beraksi Dalam The Bridge

Cheryl Samad kini muncul dengan drama terbaru lakonannya yang bakal ditayangkan di saluran ntv7 pada 26 November ini berjudul The Bridge

error: Content is protected !!