Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 3, 2023 @ 7:04pm

Bersalaman Ketika Hadir Di Mahkamah, Julia Farhana Jelaskan Tiada Masalah Dengan Lufya – “Kami Tak Bermusuhan Dengan Sesiapa Pun”

Pelakon Julia Farhana mengaku tiada masalah bersama bekas isteri suaminya Dr Che Hafiz iaitu Lufya selepas tular sebuah video yang memaparkan dia bersalaman dengan Julia ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Julia menjelaskan dia enggan bermusuhan dengan Lufya namun mungkin terdapat salah faham antara mereka sebelum ini.

“Saya sebenarnya cuba (berbaik-baik), InsyaAllah. Saya atau suami, kami tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa pun. Kita sebenarnya tak ada masalah untuk berbincang di luar mahkamah.

“Saya memang dari dulu lagi sebenarnya tak ada masalah langsung. Cuma saya rasa semua ini timbul daripada salah faham. Jadi, sebab itu saya agak fobia nak berkata-kata.

“Fobia nak cakap apa-apa di Instagram termasuk nak kongsi apa saja yang membahagiakan kami. Saya takut menimbulkan fitnah dan salah faham sebab itulah kami pilih untuk diamkan diri,” katanya.

Tambah pelakon filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini, dia sentiasa kekal positif dengan apa yang terjadi pada dia dan suami.

“Sebelum datang ke mahkamah (semalam) saya sempat beritahu suami yang semua ini sudah tertulis. Kita perlu reda dan hadap saja.

“Kalau ada orang nak buat tuntutan kita hadirkan diri, sama ada berjaya atau tidak, kita reda saja,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Julia bersalaman bersama Lufya ketika hadir bersama suaminya di mahkamah sehingga menjadi perhatian netizen.

Untuk rekod, Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Che Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Che Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

ARTKL BERKAITAN: Bekas Suami Terperanjat Lufya Omar Tuntut Mutaah RM1 Juta

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Aug 2018

5种讨人厌的IG Stories类型,你中标了吗?

IG的限时动态(IG Stories)功能可说是时下最流行的社交功能。不过,还是有些令人恼怒的限时,常发些不知所云的内容,不是刻意晒照,就是图文不符,尤其无病呻吟真的令人觉得你是活在古代吗?哪来这么多忧愁?

TECH Thu, 1 Feb 2018

GET YOUR LAST-MINUTE CNY SHOPPING DONE AT CJ WOW SHOP

Chinese New Year is just around corner and there’s lots more to buy before the holidays come around. Do some last-minute shopping on CJ WOW Shop from the comfort of your own home.

error: Content is protected !!