Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 20, 2024 @ 3:13pm

Adi Putra Akui Sukar Bergandingan Dengan 6 Pelakon Wanita Dalam Lelaki Itu – “Pembawakan Watak Mereka Semua Berbeza”

Pelakon Datuk Adi Putra mengakui sukar untuk bergandingan dengan enam pelakon wanita menerusi drama Lelaki Itu yang baru sahaja ditayangkan di TV3, semalam.

Umum tahu, menerusi drama tersebut Adi telah digandingkan dengan barisan pelakon wanita hebat seperti, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Nadia Brian, Hannah Delisha dan Sophia Albarakbah.

Menurut Adi, setiap pelakon wanita yang berganding dengannya menerusi drama ini mempunyai aura yang berbeza.

“Tajuk pun berjudul Lelaki Itu. Jadi dengan bekerjasama dengan Sarimah, Fazura, Nabila, Nadia, Hannah dan Sophia dengan nama-nama ni nama yang dah dikenali berbanding dengan pelakon yang baru.

“Cuma bila nama-nama ini memegang watak yang berbeza. Jadi saya sebagai Mirza ni bukan perkara yang mudah. Mencabar dari segi dalaman untuk pecahan setiap watak yang saya berganding bahu.

“Apa yang mencabar, bila saya berganding dengan Sarimah dia beri aura yang lain. Dengan Fazura pun lain, begitu juga dengan pelakon wanita yang lain. Berbeza semuanya berbeza dan tidak sama.

“Ibarat kalau kata telus tu layanan tu semua tak sama sebab kalau dua orang atau tiga orang tak sama dengan enam tujuh orang. Jadi layanan tu sendiri memberikan cabaran yang saya susah nak bawa,” katanya.

Dalam pada itu, Adi juga sempat menyatakan dirinya selesa bekerjasama dengan Sarimah meskipun aktres itu jarang muncul di kaca televisyen.

“Sarimah seorang yang belajar watak itu dan perjalanan cerita itu. Bila pertama kali dengan dia setiap sudut tu dia dah tahu.

“Kita selaku pelakon bila bermain dengan drama bersiri ada sebelum dan selepas. Jadi tak janggal dan tak tergantung,” jelasnya.

Jangan lupa saksikan drama Lelaki Itu arahan Erma Fatima dan Kamaludin di slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

Shalma Eliana Tiada Niat Tumpang Populariti Kakak

Baru berusia 18 tahun, Shalma Eliana bertuah kerana mendapat peluang menyanyikan lagu ciptaan Malique & Dedeq. Good Luck Yana!

Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Hiburan Fri, 5 May 2023
Hiburan Sat, 23 Feb 2019
Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Masya Masyitah Bakal Pindah China?

Cuma tidak begitu fasih tetapi masih boleh diperbaiki. Sebagai persediaan awal, saya banyak mempelajari di Youtube.

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

黄秋生自嘲不够帅!不能当鬼片男主角

黄秋生自爆想投资拍摄爱情鬼故事,唯他笑言男主角不是自己 “当然不行啦,男主角这么帅,我演不来!”

Trending Thu, 22 Jul 2021
Hiburan Wed, 19 Nov 2025
Trending Mon, 21 May 2018

SPRM Panggil Najib Beri Keterangan Esok

Sekiranya beliau tidak hadir untuk proses mengambil keterangan, beliau boleh dikenakan tindakan di bawah Akta SPRM 2009.

error: Content is protected !!