Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 19, 2025 @ 12:26pm

Shuib Syukur Isteri Dikurniakan Peluang Kedua, Watie Hanifiah Kini Hamil 5 Bulan

Pelawak dan usahawan terkenal, akhirnya mengesahkan isteri tercintanya, Watie Hanifiah kini sedang hamil.

Ketika ditemui media, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 41, memaklumkan usia kandungan isterinya sudah mencecah lima bulan.

“Alhamdulillah, seperti mana yang orang nampak, isteri saya memang sudah hamil lima bulan.

“Sekarang saya tak kisah jantina apa, janji bayi sihat, itu sudah memadai buat kami berdua,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Shuib menzahirkan kata syukur apabila Allah SWT mengurniakannya peluang kedua untuk menimang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Watie.

“Semasa dia hamil kali pertama, kami dapat tahu ketika berada di Madinah. Semasa tu rasa sayu teringatkan allahyarham Siti Sarah yang kali terakhir hamil anak bongsu kami.

“Jadi, bila Watie hamil kali ini perasaan itu datang semula, macam deja vu. Sebenarnya rasa sayu dan takut sedikit. Kehaliman pertama bukan rezeki kami.

“Kali kedua ini memang kami ada merancang. Alhamdulillah, lekat. Watie pun sangat teruja dan berjanji akan menjaga kandungan sebaiknya, sebelum ini dia terlalu kuat bekerja,” katanya.

Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single sulung penyanyi, Amad Dayyan yang berlangsung di Gombak, Selangor pada Selasa.

Ketika disoal sekiranya pasangan ini sudah berkongsi berita gembira kepada anak-anak, Shuib dan Watie berkata pada awal kehamilan tiada mana-mana pihak yang mengetahui.

Namun begitu, mereka telah memaklumkan berita itu kepada anak perempuan kesayangannya, Talita pada malam final pertandingan realiti nyanyian, baru-baru ini.

“Saya beritahu Talita dalam bilik persalinan sebelum dia buat persembahan. Sebab itu dia nampak sangat berseri di atas pentas, sebab dia tahu mummy sedang mengandung,” katanya.

Imbas kemabli, Watie mengesahkan dirinya mengalami keguguran zuriat yang pertama sekitar Mei lalu.

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Melalui perkahwinan pertama bersama penyanyi, allahyarham Siti Sarah, mereka dikurnaiakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Artikel Berkaitan: Dapat Mimpi Petanda Buruk, Watie Hanifiah Reda Alami Keguguran – “Maafkan Mummy Tak Jaga Bintang Dengan Baik”

Artikel Berkaitan: “Emosi Tak Stabil Bila Berpantang Tanpa Baby” – Watie Hanifiah Syukur Ramai Titip Doa & Kata Semangat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Mar 2026
Featured Tue, 6 Sep 2022
Trending Fri, 30 Aug 2019

Harga Minyak RON97 Turun, RON95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 31 Ogos sehingga 6 September 2019 kekal.

Hiburan Wed, 29 Oct 2025
Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Hiburan Mon, 27 Nov 2017

Sudah Bertaubat Dan Ingin Lupakan, Kata Diana Amir

Sudah Bertaubat Dan Ingin Lupakan, Diana Amir Mohon Stesen Televisyen Tidak Siarkan Filem Lakonannya Sebelum Bertudung

error: Content is protected !!