Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 3, 2021 @ 1:00pm

“Bertungkus Lumus & Tak Tidur Malam Untuk Hasilkan Yang Terbaik” – Ejen Ali The Movie 2 Terpaksa Ditangguh

Ketua Pegawai Operasi WAU Animation yang juga merupakan Penerbit filem Ejen Ali, Faiz Hanafiah memaklumkan tayangan Ejen Ali The Movie 2 terpaksa ditangguhkan.

Ini kerana, pihaknya terpaksa mengambil kira situasi semasa negara yang masih bergelut dengan wabak Covid-19 sekaligus memastikan pulangan untuk filem kedua Ejen Ali ini tidak mengecewakan.

“Sekarang ni kami cuma fokus untuk Ejen Ali Kedua, tapi kita masih tak tahu bila sebab isu pandemik dengan SOP sebagainya.

“Kalau ikutkan perancangan adalah pada penghujung tahun ini atau tahun depan, tetapi situasi pandemik COVID-19 memerlukan perancangan lebih teliti dari segi masa.

“Jadi, kami perlu melihat situasi semasa terlebih dahulu jika ditanya tarikh tepat untuk dikeluarkan. Lagipun, adakah pawagam sudah dibuka ketika itu?”Katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen Ali Misi: Juang Menang Di ContentAsia Awards 2021

Tambahnya lagi, pihaknya juga akan mengkaji cara yang bersesuaian memandangkan banyak platform penstriman dalam talian sekarang ini selain pawagam.

“Kami perlu kaji cara bersesuaian untuk ditayangkan menerusi pawagam dan platform penstriman dalam talian. Kerana ia tidak mudah dan memerlukan kajian lebih terperinci bersama WAU Animation dan pihak Primeworks Studios”

“Tidak harapkan kemenangan cuma, mahu beri inspirasi kepada petugas barisan hadapan”

Menurut Faiz, mereka tidak pernah menjangkakan kemenangan yang diraih atau meletakkan anugerah sebagai sasaran bagi setiap produk animasi Wau.

“Apabila menghasilkan animasi, kami tak letak expectation pun. Cuma mahu memberikan semangat dan inspirasi kepada petugas barisan hadapan dan rakyat Malaysia untuk terus bersatu hati dalam melawan pandemik COVID-19.

“Jadi, apabila penonton menyaksikan animasi tersebut secara tidak langsung akan timbul perasaan mahu bersatu hati terutama dalam memutuskan penularan  COVID-19.

“Sebenarnya, kami bertungkus lumus dan tidak tidur malam untuk cuba menghasilkan animasi terbaik untuk tatapan rakyat Malaysia. Dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokong kami.” Jelasnya ketika sesi sidang media secara virtual pada Khamis.

Sidang media diadakan sempena kemenangan filem pendek, Ejen Ali Misi: Juang menerusi kategori Program Televisyen (TV) Kanak-Kanak Animasi 3D Terbaik pada Anugerah Kandungan Asia 2021 pada 27 Ogos lalu di Singapura.

Selain Faiz,  Ketua Pegawai Penjenamaan WAU Animation dan pengarah seni filem Ejen Ali, Fuad Md Din juga turut bersama-sama pada sesi sidang media tersebut.

Filem animasi pendek, Ejen Ali Misi: Juang berdurasi 3.22 minit yang dimuat naik menerusi saluran Youtube itu kini berjaya meraih 17 juta tontonan setakat ini.

Malah, kejayaan filem dan siri animasi Ejen Ali musim pertama dan kedua juga turut disiarkan menerusi platform Disney+ Hotstar di Malaysia dan Indonesia sejak Jun lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Big Hit Entertainment Has Started Suing BTS’ Haters

When Big Hit Entertainment said they will start suing, they weren’t joking

Featured Wed, 18 Mar 2020

Kerajaan tidak melaksanakan bancian atau imunisasi COVID-19

Jangan terpedaya dengan pihak ambil kesempatan

Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Hiburan Fri, 9 Feb 2018

HERE’S THE TOP 10 MOST LISTENED-TO KPOP GROUPS ON SPOTIFY

These bands are doing really well and the stats are here to prove it.

Featured Mon, 30 Jun 2025
Hiburan Tue, 18 Nov 2025

“Akaun Asyik Kena Sekat, Sales Merudum… Rupanya Lengah Subuh” – Sasha Abdul Aziz Dedah Ujian Rezeki ‘Sempit’

Sasha Abdul Aziz rezeki sempit, mula sedar kesilapan diri selepas lewatkan subuh

Hiburan Thu, 2 Oct 2025

Asrilia Intai Peluang Di Malaysia, Impi Kolaborasi Bersama Siti Nurhaliza

Penyanyi baharu dari Indonesia, Asrilia menyimpan impian besar.

Featured Fri, 5 Jul 2019

Guna duit bonus suami untuk ke London

Pengorbanan yang sangat berbaloi!

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Nora Danish Menangis Kerana Bayinya Dikecam Netizen?

Nora kecewa dengan sikap netizen yang menghina bayinya yang tidak bersalah. Baginya, anak merupakan kurniaan tuhan yang perlu disayangi, bukan dihina.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Kuala Lumpur’s Homeless People Receive New Life by Becoming Tour Guides

It’s a good opportunity to reduce the amount of homeless people living on the streets.

error: Content is protected !!