Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 4, 2025 @ 5:20pm

Sharifah Rose Nafi ‘Tolak’ Cinta Syafi Tee, Enggan Terlibat Cinta Lokasi – “Saya Nak Lelaki Yang Stabil”

“Saya rasa kalau boleh, biarlah lelaki tu dari luar bidang ni. Kita tahu dunia pelakon ni ada pasang surut. Jadi mestilah saya nak lelaki yang stabil”.

Demikian respons pelakon Sharifah Rose apabila ditanya mengenai perasaan rakan lakonnya, Syafi Tee yang didakwa secara terbuka meluahkan perasaannya terhadap aktres itu baru-baru ini.

Kata Sharifah atau nama lengkapnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, dia sama sekali tidak mengetahui mengenai dakwaan tersebut sekali gus menganggap hubungan mereka sekadar hanya rakan sekerja semata-mata.

“Tentang perasaan tu, saya tak tahu menahu. Mungkin dia suka sebagai kawan sebab dia tak pernah cakap apa-apa pun pada saya.

“Lagipun, saya selesa kawan dengan dia sebagai rakan industri sahaja dan bila usik-usik tu biasa.

“Tapi saya tak nampak pun dia tunjuk hint atau bagi apa-apa tanda,” katanya.

Pelakon drama rantaian ‘Cinta Bukan Milik Kita’ itu berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama terbaharunya, Doa Yang Terlindung yang diadakan di Balai Berita, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambahnya, dia lebih selesa menjalin hubungan dengan individu yang berkecimpung di luar industri hiburan kerana bimbang dengan ketidakstabilan dunia seni selain mahu kehidupan yang lebih stabil.

“Kalau boleh saya tak nak orang dalam industri. Sebab habis shooting, saya terus balik.

“Kita tahu dunia pelakon ni ada pasang surutnya jadi saya nak lelaki yang stabil. Lagipun saya rasa dia seorang yang baik cuma mungkin kami tak kenal sangat.

“Saya okey saja sebab kami tak ada masalah tapi biarlah perasaan dia tu sampai dekat dia sahaja. Saya anggap dia tidak lebih dari seorang kawan,” jelasnya.

Terdahulu, Syafi membuat pengakuan bahawa dia menyukai Sharifah Rose apabila terlibat dalam sebuah drama bersama-sama. Malah, sikap Rose yang dilihat sangat profesional dan berperibadi baik itu membuatkan dirinya tertarik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Apr 2020

Perokok dijangkiti COVID-19 lebih berisiko meninggal dunia

PKP masa sesuai untuk berhenti merokok

Hiburan Sun, 25 Mar 2018

Hael Husaini Dan Nabila Razali Bercinta?

Ramai yang setuju jika Hael Husaini dan Nabila Razali bercinta, tetapi adakah benar atau gimik sahaja!!!

Trending Mon, 26 Oct 2020
Featured Mon, 23 Dec 2019

8 teknik pertolongan cemas asas yang anda wajib tahu

Anda boleh selamatkan nyawa seseorang dalam situasi yang cemas.

Trending Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Thu, 28 May 2026

“Hanya Dapat Malu, Anak-Anak Dicaci”- Masih Pakai Kereta Rosak, Norish Karman Tepis Dakwaan Terima RM200,000

Norish turut mengakui masih menjalani kehidupan sederhana dan belum mampu memiliki kenderaan baharu seperti diperkatakan netizen.

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Hubungan Cinta Erwin Dawson Dan Julia Farhana Kembali Terjalin

Alhamdulillah. Semoga semuanya hubungan ini berakhir dengan kebahagian.

error: Content is protected !!